Sekali lagi Tun Mahathir berkata negara mahu F1 kembali

oleh HEZERI SAMSURI|
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sekali lagi mengutarakan hasratnya agar perlumbaan Formula 1 kembali ke Malaysia.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Semalam, Tun M dilaporkan oleh akhbar The Star berkata minat untuk F1 di kalangan rakyat masih tinggi dan ia menjana minat rakyat terhadap industri automotif. 

"Kerana itu kami mahu perlumbaan itu diadakan di sini seperti dahulu," ujar beliau ketika berucap di majlis makan tengahari Dewan Perniagaan Amerika Malaysia semalam.

Tun juga menambah ramai rakyat Malaysia yang "ketagih" dengan kenderaan dan membeli pelbagai jenis kenderaan.

Beliau berkata walaupun Sepang tidak lagi menganjurkan F1, litar itu masih sibuk dengan aktiviti sukan bermotor.

"Ramai yang ke sana untuk berlumba, contohnya perlumbaan motosikal."

"Dan ramai orang membeli kereta-kereta mahal, terutama orang Singapura. Di sana, mereka tidak ada peluang untuk memandunya. Bila mereka ke Malaysia, mereka anggap melanggar peraturan halaju di sini adalah okay," ujar beliau.

Tun Mahathir turut merasakan bahawa jika F1 kembali ke Malaysia, akan ada ramai penonton.

"Kita akan dapat ramai penonton, lebih dari 100,000 orang dan ia akan menguntungkan kita."

"Bila kita anjurkan F1, stesen-stesen TV akan menyiarkannya di seluruh dunia kepada lebih kurang 200 juta penonton," katanya sambil menambah itu adalah satu promosi yang baik mengenai Malaysia.

Dalam tahun 2017, mantan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan kontrak penganjuran perlumbaan F1 tidak akan diperbaharui.

Ia dilakukan kerana penurunan keuntungan yang ketara sejak ia mula dianjurkan dalam tahun 1999.

Berita Berkenaan

Berita Global
Keluhan tersebut telah pun didengari oleh Aston Martin, dan kini pengeluar itu memperlihatkan…
Sukan Bermotor
Menurut sumber dalaman, Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (sebelum ini dikenali sebagai SIC) akan…
Sukan Bermotor
Tahun yang sama bakal menyaksikan pelaksanaan undang-undang baharu di mana penggunaan bahan api…