Sejarah sebenar dua pikap BMW M3. Mereka memang wujud!

oleh HEZERI SAMSURI|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Anda mungkin pernah ternampak gambar trak pikap BMW di dalam internet tetapi tak ramai tahu apakah sejarah asalnya.

Sebenarnya, ada dua trak pikap BMW yang wujud dan kedua-duanya dibina berdasarkan model prestasi M3, dan bukannya model 3-Series biasa.
 

 

Trak pikap BMW E30 M3 1986

Model pikap BMW E30 M3 tahun 1986 dihasilkan oleh jurutera-jurutera di kilang bahagian M berhampiran Munich.

Mereka mahukan sebuah kenderaan untuk mengangkut perkakasan dan komponen dan selama itu mereka menggunakan sebuah E30 M3. Namun begitu, walaupun M3 itu seronok dipandu, ia masih sebuah kereta dan tidak sesuai untuk digunakan bagi mengangkut barang.

 

Ketua bahagian prototaip BMW M, Jakob Polschak berkata pasukan mereka sebulat suara bersetuju untuk menghasilkan sebuah trak pikap berdasarkan sebuah E30 M3 Convertible.

“Kenapa kami pilih convertible? Mudah. Pertamanya, kami pada masa itu memang ada sebuah M3 convertible yang berada dalam keadaan yang sempurna,” terangnya.

“Keduanya, model convertible sudah lengkap dengan bar pengukuhan kerangka dan itu sangat sesuai untuk sebuah pikap!”

 

 

Pada mulanya, trak pikap E30 M3 ini menggunakan enjin 2.0L dengan kuasa 192 bhp. Kemudiannya, ia ditukar kepada enjin 2.3L dengan 200 bhp.

BMW M menggunakan trak pikap E30 M3 ini selama 26 tahun. Selain dari mengangkat barang di sekitar kilang, ia juga menjadi projek yang baik bagi pelatih baru dan pelajar.

 

Trak pikap BMW E92 M3 2011

Apabila trak pikap M3 pertama itu sudah mula menunjukan usia tuanya, maka yang baharu harus dibina untuk menggantikannya.

Kerana itu, BMW M membina sebuah lagi trak pikap berdasarkan model convertible juga. 

Sebuah model convertible M3 tahun 2011 digunakan dan pada mulanya, ia lebih kepada pembinaan biasa untuk kegunaan dalam kilang.

 

 

Namun begitu, satu idea tercetus untuk pikap ini dijadikan bahan jenaka April’s Fool. Maka pada tahun 2011, beberapa hari sebelum 1 April, dunia internet penuh dengan gambar-gambar “ujian” trak pikap M3 ini di litar Nürburgring.

Dan pada 1 April 2011, varian badan yang keempat untuk BMW 3-Series diperkenalkan dan “varian” itu mempunyai enjin V8 dengan 414 bhp serta mampu membawa 450 kg beban di belakangnya.

 

Trak pikap BMW M3 E92 ini memang wujud, dan ia 50 kg lebih ringan dari M3 Coupe yang Careta pernah pandu uji semasa pelancarannya di Sepanyol dahulu. 

Bumbung targa pikap ini juga boleh dibuka dan ia meringankan lagi kenderaan ini sebanyak 20 kg.

Sayang sekali ia tidak dihasilkan untuk produksi kerana rasanya ramai juga yang mengidamkan trak ini.

Mungkin BMW akan berubah hati selepas Mercedes-Benz mula menjual pikap mereka kelak.

Berita Berkenaan

Berita Global
Antara model Proton yang sudah pun lama dihentikan produksinya disebabkan oleh kurang permintaan,…
Berita Domestik
Angka itu sekaligus dapat mengekalkan Daihatsu Gran Max sebagai model pikap dan van panel nombor 1…
Berita Domestik
Menurut Felix Haller, Pengurus Besar Pemasaran dan Pembangunan Pasaran Antarabangsa untuk Bufori,…