Sejarah rekabentuk sayap Honda CUB

oleh HEZERI SAMSURI|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Honda Cub adalah salah satu ikon automotif termasyhur dalam dunia motosikal.

Sejarah nama Cub ini sebenarnya tidak pernah tertulis tetapi ada yang percaya perkataan Cub itu berasal dari gabungan perkataan Cheap Urban Bike atau Motosikal Bandar Mampumilik.

Ada juga yang berkata ia diambil sempena dengan nama kapalterbang ringkas Piper Cub yang cukup popular semasa Honda memperkenalkan siri Honda Cub pertama.

Apapun, nama Cub atau Super Cub memang terkenal di seluruh dunia dan di Malaysia, genre motosikal underbone berkepak itu dipanggil "cub-chai" atau kapchai.

Sejarah asal penciptaan Honda Super Cub ialah bila Soichiro Honda dan Takeo Fujisawa sedang melancong di Jerman dalam tahun 1956 dan kedua mereka tenampak banyak kenderaan moped dan motosikal ringkas berkeliaran di negara Eropah itu.

Soichiro ialah lebih kepada seorang jurutera dan cendurung kepada bahagian pengeluaran di kilang sementara Takeo pula menggunakan kepintaran beliau di dalam jurusan perniagaan yang dipelajarinya di negar Eropah dan sebagainya.

Honda Juno

Walaupun Honda ada membuat skuter dengan nama Juno pada ketika itu untuk pasaran urban di Jepun, jualannya tidak begitu membanggakan dan ia diberhentikan dalam tahun 1954.

Takeo mengkaji kegagalan Juno dan mendapati walaupun ia mempunyai revlosui teknologi yang canggih pada ketika itu (badan Juno menggunakan resin polyester atay FRP, Juno tidak diterima oleh pasaran Jepun yang masih sedang dalam kebangkitan.

Takeo berkata skuter seperti Juno dan motosikal-motosikal yang dihasilkan oleh syarikat dari Jerman seperti Kreidler dan Lambretta tidak sesuai dan terlalu kompleks untuk negara-negara membangun seperti Jepun pada masa itu.

Poster Lambretta

"Tayar skuter yang terlalu kecil tidak selamat untuk jalanraya berlubang atau jalanraya yang baru dibangunkan," terang Takeo.

Takeo berkata kepada Soichiro bahawa syarikat Honda perlukan sebuah genre model baharu. Kerana itu, Takeo mengeluarkan beberapa garis panduan untuk Soichiro agar beliau mampu membina motosikal yang didambakan oleh Takero.

Antara garis panduan tersebut ialah:

  • Ia mesti mempunyai enjin yang kecil tetapi kuat, lasak dan menjimatkan.
  • Ia mesti menggunakan enjin kecil - enjin 50cc agar menjimatkan dan murah.
  • Ia mesti boleh ditunggang dengan sebelah tangan sahaja kerana tangan yang satu lagi digunakan  untuk menunggang dan tangan satu lagi untuk memegang semangkuk mee soba.
  • Ia mempunyai "penutup" yang boleh menutupi bahagian sisi motosikal itu agar enjin, kabel dan saluran tidak nampak berselirat di atas motosikal anda.

Soichiro terus berminat dengan idea itu dan sekembalinya ke Jepun, beliau terus menghasilkan Cub seperti yang didamkan oleh Takeo.

Pengalaman menggunakan bahan FRP untuk skuter Juno digunakan untuk membina plastik fender hadapan dan penghadang kaki.

Honda Cub 1958

Malah sehingga kini, Honda Cub dikira sebagai motosikal underbone pertama yang menggunakan fairing plastik untuk menutup sebahagian enjin dan menjadi ciri-ciri rekabentu terpenting bagi motosikal itu sehingga ia menjadi satu genre tersendiri.

Dan sejak tahun 1958, sudah lebih 100 juta buah Honda Cub dibina. Pelbagai model dihasilkan, cari Honda Cub ke C50, C65, C70, C90 dan sekarang ini kita masih ada model dari genre bersejarah Honda ini dalam bentuk Honda EX5.

Honda EX5 sudah mencapai umur 30 tahun sejak diperkenalkan di Malaysia dan varian baharu ini membuktikan evolusi model Cub yang menjadikan jenama Honda ebagai jenama nombor satu dunia di dalam industri automotif.

Di bawah ialah beberapa fakta mengenai Honda EX5 Dream Fi baharu.

  • Honda EX5 dilancarkan di Malaysia pada tahun 1987. Sebelum itu, Honda menawarkan model ranggi C90 Fame.
  • Hingga kini, lebih dari 2 juta rakyat Malaysia telah membeli Honda EX5.
  • Honda 30 badge
  • Model Ulangtahun EX5 ke-30 ialah model keluaran khas lengkap dengan lencana Ulangtahun 30 tahun.

Model EX5 Dream Fi tahun 2017 yang dilancarkan bulan lalu datang dengan enjin talaan istimewa dengan sistem Fuel Injection atau Fi agar ia mampu menerima sedikit lepasan cukai kerana ia kini diiktiraf sebagai EEV.

EX5 baharu ini juga menurut sistem piawaian bahan api.

Sport rim EX5

 

  • Roda tuangan atau sport rim pada EX5 ini membenarkan kapchai menggunakan tayar tubeless atau tanpa tiub.
  • Rekabentuk keseluruhan EX5 baharu tidak lagi direka dengan pembaris sahaja. Ia mempunyai sudut yang lebih "bulat" kerana ia memberikan bantuan aerodinamik agar lebih laju dan menjimatkan bahan api.
EX5 dream depan

 

Honda EX5 Dream Fi Baharu ditawarkan dalam tiga warna:

  • Ungu Metalik (Marianna Purple Metallic) 
  • Merah Metalik (Candy Scintillate Red) 
  • Biru Metalik (Pearl Nightfall Blue)
  • Versi tambahan dengan Roda Tuangan dalam Hitam Metalik (Pearl Magellanic Black)

Harga yang disyorkan untuk Honda EX5 Dream Fi baharu pula adalah seperti berikut:

  • RM 4,906.74 (Kick Starter, Roda Jejari) 
  • RM 5,150.54 (Kick & Self Starter, Roda Jejari)
  • RM 5,404.94 (Kick & Self Start, Roda Tuangan)
  • Semua harga itu termasuk GST kecuali cukai jalan, insurans dan pendaftaran.

Honda EX5 Dream Fi Baharu didatangkan dengan jaminan kilang selama dua tahun atau 20,000 kilometer (yang mana terdahulu).

Di bawah ialah galeri gambar-gambar EX5 Dream Fi dengan warna yang sangat klasik.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Kedua-dua model tersebut masih lagi dilengkapi dengan enjin 649 cc yang kini mematuhi piawaian Euro…
Berita Domestik
Honda FORZA 250 didatangkan dengan enjin 250 cc SOHC eSP+ dengan sistem pancitan bahan api PGM-FI…
Informasi
Sejarah serta asal usul motosikal jenis step thru ini sebenarnya hadir dari benua Eropah dan…