Sejarah, perkembangan dan masa depan kereta terbang

oleh contributor|
Kereta terbang popular dan tular pada masyarkat Malaysia apabila salah satu kementerian cuba memperkenalkan konsep prototaip di Malaysia. Perkembangan ini menjadi tajuk utama media arus perdana sehinggakan menjadi bahan jenaka masyarakat.

Manusia memang sudah mengimpikan kereta terbang sejak zaman automobil bermula. Sehingga sekarang filem sains fiksyen sentiasa dihidangkan dengan kereta terbang.

Gambaran artis mengenai kereta terbang pada masa hadapan.

 

gambar 2

 

Pada tahun 1997 komik Rileks telah mengambarkan pada tahun 2020 Malaysia telah dipenuhi dengan bangunan pencakar langit dan ruang udara yang dipenuhi oleh kereta terbang di inspirasikan oleh Wawasan 2020 yang menjadi bualan rakyat Malaysia mencapai status negara maju pada tahun 2020.

 

 

 

 

Sifat fizikal kereta terbang pada awalnya adalah fizikal kereta yang boleh dipandu dijalan raya dan mempunyai kebolehan terbang seperti pesawat, kereta terbang juga dimaksudkan sebagai Roadable Aircraft kenderaan yang mempunyai ciri hybrid boleh dipandu dan kebolehan terbang. 

Terdapat dua ciri fizikal kereta terbang : 

- Kepak kaku :  Rekabentuk kereta terbang ini mempunyai ciri fizikal pesawat terbang yang biasa dilihat dengan kebolehan sayap yang boleh dilipat dan rekabentuk inilah yang paling popular pada kereta terbang. Kereta terbang keluaran Terrafugia syarikat yang berpengkalan di Amerika Syarikat dengan keluaran pertama kereta terbang Transition yang membolehkan pemilik memandu dijalanraya dan terbang dengan kemampuan jarak sehingga 644km dengan ketinggian maksimum 2,743km.

 

- Autogyro atau Gyrocopter : Rekabentuk ini mempunyai kipas utama seperti helikopter dan dibahagian belakang kipas tujahan untuk menolak kereta ketika diudara. Kelebihan rekebantuk autogyro hanya memerlukan landasan yang pendek untuk berlepas dan mendarat berbanding rekebentuk kepak kaku. Kereta terbang 3 roda PAL-V direka dari rekbentuk autogyro. PAL-V merupakan kereta terbang yang sudah mula dijual dengan harga pengenalan bermula PAL-V Liberty Sport Edition RM 2.74 juta dan PAL-V Liberty Executive Edition RM 3.13 juta.

Data teknikal PAL-V :

Pemanduan dijalanraya:-
- Kelajuan maximum : 160km/j
- 0-100km/j : 6 Saat
- Jarak perjalanan : 1,315km

Penerbangan :
- Kelajuan penjimatan bahan bakar (Ekonomi) : 140km/j
- Kelajuan maksimum : 160km/j
- Jarak penerbangan maksimum : 500km
- Jarak ketinggian maksimum dari aras laut : 3,500m
- Tempoh maksimum penerbangan dengan tangki penuh : 4.3 jam
- Jarak perlepasan : 180 meter, 330 meter dengan muatan maksimum.
- Jarak mendarat : 30 meter

 

Sehingga kini PAL-V sudah menerima 73 unit tempahan, semua unit yang ditempah akan diterima oleh pelanggan pada 2021. Jika unit yang ditempah diterima oleh pelanggan ini bermakna PAL-V merupakan kereta terbang yang paling berjaya.


Walaubagaimanapun terdapat rekabentuk yang tiada ciri fizikal dan fungsi seperti kereta tetapi masih dipanggil kereta terbang dan menjadi perdebatan. Dron gergasi, dron skala besar, teksi terbang dan kenderaan mobiliti udara sering dikaitkan dengan kereta terbang juga. Kenderaan ini menjadi pilihan untuk operator kenderaan mobiliti autonomi elektrik.

 

 

Sejarah kereta terbang


Sejarah kereta terbang bermula 102 tahun dahulu, pada 1917 apabila Glenn Curtiss memperkenalkan Curtiss Autoplane, kereta terbang ini dikategorikan kenderaan Roadable Aircraft, kenderaan hybrid pesawat dan kereta.

 

Glenn Curtiss mengambil rekabentuk pesawat kepak kaku triplane dan kereta Ford Model T yang diubahsuai.

 

Seperti rekaan moden kereta terbang Curtiss Autoplane juga mempunyai 2 enjin, enjin untuk pemanduan mengekalkan enjin Ford Model T dan enjin untuk penerbangan yang menggunakan enjin Cusrtiss OXX yang mampu menghasilkan kuasa sehingga 100 kuasa kuda.

 

Penglibatan Amerika Syarikat ke kancah Perang Dunia Pertama menyebabkan Cusrtiss Autoplane tidak dapat menarik pembeli dan akhirnya program Curtiss Autoplane berkubur.

 

Walaupun Curtiss Autoplane berkubur, Glenn Curtiss adalah pelopor dan bapa kereta terbang.

 


Pada 1943 Perang Dunia Ke-2, British menghasilkan prototaip Hafner Rotabuggy atau dikenali sebagai Rotabuggy atau Flying Jeep, Flying Jeep dihasilkan dari Jeep Willy dan bilah jenis Rotor Kite.

 

Untuk menerbangkan Flying Jeep ini perlu ditunda oleh kenderaan atau pesawat seperti pesawat peluncur glider. Tiada enjin khas untuk menerbangkan Flying Jeep ini seperti kereta terbang yang memiliki dwi enjin.

 

Setelah mencapai ketinggian yang disasarkan tali yang menarik Flying Jeep akan dicabut kemudian operator pengendali akan mengawal bilah kipas Rotor Kite untuk mendarat dengan perlahan dan selamat.

 

Objektif menghasilkan Flying Jeep ini bagi memudahkan menghantar anggota tentera ke medan pertempuran bersama Jeep Willy.

 

Pada 1944 Flying Jeep dicatatkan berjaya terbang sehingga 10 minit pada ketingian 121.9 meter dengan kelajuan 105km/j, akan tetapi Flying Jeep ditolak oleh tentera kerana penggunaan glider lebih efisen pada Perang Dunia Ke-2.

 

Hanya sebuah prototaip Flying Jeep dihasilkan, kini replika yang dipamerkan dimuzium unit asal tidak diketahui.

 

 

Selapas Perang Dunia Ke 2 pengeluar pesawat Convair menghasilkan prototaip kereta terbang Convair Model 116 dan Convair Model 118 atau dikenali sebagai ConVairCar.

 

1 unit Model 116 dan 2 unit Convair Model 118  dihasilkan prototaip dihasilkan oleh Convair pada 1947 dan menjalani ujian penerbangan. Unik rekaan ConVairCar ini bahagian sayap dan enjin penerbangan yang boleh ditanggalkan sebelum memandu bahagian kereta dijalan raya.

 

Pada penerbangan ujian yang kedua Model 118 terhempas akibat kehabisan bahan bakar, dilaporkan kesilapan juruterbang membaca meter bahan bakar pesawat dan kereta, insiden ini menyebabkan prototaip pertama musnah.

 

Convair meneruskan ujian penerbangan sehingga 1948 pada prototaip kedua akan tetapi Convair membatalkan ConVairCar pada tahun yang sama menyebabkan tiada lagi program kereta terbang dari Convair walaupun Convair merancang menjual sehinga 160 ribu unit ConVairCar.
 

 

Aerocar kereta terbang paling berjaya pernah dihasilkan. Pada tahun 2012 salah satu unit Aerocar berjaya dilelong pada harga $ 1.5 juta.

 

Aerocar diperkenalkan kepada umum pada tahun 1949. Mempunyai 2 enjin untuk pemanduan dijalanraya dan enjin penerbangan. Aerocar hanya boleh memuatkan 2 orang sahaja. Bahagian sayap dan ekor boleh dilipat dan ditanggalkan.

 

Beberapa teknologi Aerocar mendahului zaman selain kebolehan terbang seperti pesawat, untuk pemanduan dijalanraya Aerocar dipacu pacuan hadapan 2wd yang mana ketika zamannya kereta yang lain masih mengekalkan RWD.

 

 

6 unit Aerocar dibina. 4 unit model Aerocar I, 1 unit Aerocar II dan 1 unit Aerocar III. Aerocar III dipamerkan di muzium penerbangan di Seattle Amerika Syarikat, Aerocar III ini dibeli semula dari pemiliknya oleh Moulton Taylor pemilik syarikat Aerocar pada tahun 1960an setelah terbiar selepas terlibat kemalangan. Taylor Moulton Taylor memperbaikki semula Aerocar III dan akhirnya dipamerkan dimuzium.
 

 

Pada 1971 syarikat Avanced Vehichle Engineers (AVE) menghasilkan kereta terbang dari gabungan pesawat Cesna Skymaster dan kereta Ford Pinto.

 

Kereta terbang ini diberi nama AVE Mizar atau paling dikenali dengan nama Flying Pinto. Berbeza dengan kereta terbang yang lain jika hendak memulakan penerbangan enjin mod pemanduan perlu dimatikan dan hanya mengaktifkan enjin penerbangan sahaja, untuk berlepas dari landasan Flying Pinto memerlukan enjin Ford Pinto untuk membantu enjin Cesna Skymaster, setelah Flying Pinto diudara enjin Ford Pinto  akan dimatikan.
 

 

Tradegi menimpa Flying Pinto berlaku pada november 1973 ketika prototaip Flying Pinto hendak berlepas dari landasan, penyambung Cesna Skymaster pada Ford Pinto gagal berfungsi menyebabkan kereta Ford Pinto berpisah dari bahagian sayap Skymaster, insiden ini menyebabkan naib presiden syarikat AVE Harold Blake terkorban.

 

Tradegi yang menimpa syarikat AVE ini akhirnya menyebabkan AVE Mizar berkubur. Hanya 2 prototaip sempat disiapkan dan hanya satu yang masih kekal, prototaip yang terakhir tidak sempat menjalani ujian penerbangan manakala prototaip yang ketiga masih menjalani proses ubahsuai sebelum AVE Mizar berkubur.
 

 

 

Keratan akhbar yang menyiarkan AVE Mizar atau Flying Pinto, dilaporkan juga AVE Mizar ini tidak diluluskan oleh National Transportation Safety Board (NTSB) kerana berat AVE Mizar lebih daripada pesawat Cesna Skymaster dan insiden pada penyambung Ford Pinto dan bahagian sayap Cesna Skymaster mengagalkan terus AVE Mizar.

 

Moller Skycar diasaskan oleh Paul Moller beliau merupakan jurutera yang mengimpikan kereta terbang, terdapat 3 prototaip yang pernah dihasilkan oleh Paul Moller. Moller Skycar M400 paling kontroversi yang pernah dihasilkan oleh Paul Moller.

 

Seperti badi yang menimpa kereta terbang yang lain Paul Moller mempunyai  syarikat Moller International untuk menghasilkan prototaip kereta terbang dan memasarkannya. Syarikat ini telah menerima tempahan kereta terbang sejak tahun 1990an!, malah Moller International pernah didakwa mengambil deposit pelabur tanpa kebenaran dan penipuan pada awal tahun 2000.

 

 

Rekabentuk kereta terbang yang ditawarkan sangat unit tidak seperti pesawat kepak kaku dan helikopter, Skycar M400 dikuasakan 8 enjin rotary yang berkuasa sehingga 720 kuasa kuda.

 

Paul Moller mendakwa Skycar M400 lebih mudah dikawal berbanding helikopter, 3 kali lebih pantas dari helikopterdan terbang lebih tinggi daripada helikopter.  

 

jika berlaku kegagalan pada salah satu enjinnya sistem komputer Skycar M400 akan mengawal dan jika kesemua enjinnya gagal Skycar M400 dilengkap dengan 2 payung terjun keselamatan. Moller International dilaporkan telah membelanjankan wang pelaburan sehingga $ 100 juta. 


Hanya pada tahun 2002 Skycar M400 mempamerkan kemampuan penerbangannya VTOL dalam masa singkat kepada umum.

 

Moller International berjanjji akan mendapatkan kelulusan FAA pada tahun 2011 akan tetapi sehingga kini tidak dapat dilakukan, malah sejak penerbangan tahun 2002 tiada lagi penerbangan yang dilakukan pada Skycar M400. Pada bulan ogosr 2019 lalu dilaporkan Moller International sudah tidak aktif sejak tahun 2015.
 

 

Kegagalan kereta terbang


Setelah lebih 100 tahun kenapa kereta terbang masih dikategorikan sebagai gagal?

Beberapa faktor yang mempengaruhi kegagalan utama kereta terbang :


* Kereta terbang perlu mendapat dua kelulusan keselamatan badan yang berkenaan kerana melibatkan pemanduan dijalan raya dan penerbangan diudara.
* Pemilik atau pemandunya perlu melepasi ujian pemanduan dijalanraya dan memliki lesen penerbangan pesawat. Memiliki lesen menjadi juruterbang lebih sukar dari lesen memandu kereta.
* Rupa yang tidak menarik dan pelik
* Harga yang terlalu mahal untuk keupayaan terbang pesawat ringan dan prestasi kereta ketika memandu sangat mengecewakan berbanding keupayaan kereta biasa.

 

Di Amerika Syarikat juga terdapat komuniti Airpark. Airpark merupakan taman perumahan kepada pemilik kapal terbang kecil yang disediakan hangar pesawat peribadi bersaiz kecil komuniti ini juga memiliki landasan sendiri. Pengusaha kereta terbang sebelum ini juga cuba menarik pembeli dari komuniti Airpark.
 

 

Hentikan gelaran kereta terbang pada dron gergasi ? The Verge pada tahun 2017 pada artikel bertajuk Stop calling the flying Cars. Kereta secara umumnya diketahui boleh bergerak dijalan raya dengan rodanya akan tetapi dron yang dipanggil kereta terbang tidak memiliki keupayaan bergerak didarat.

 

Malah syarikat yang sedang mengusahakan dron-dron ini memilih untuk pemanduan autonomi sepenuhnya atau separa atonomi untuk membawa penumpang untuk penerbangan domestik jarak dekat bagi mengantikan helikopter jadi panggilnya sahaja Teksi Terbang (Flying Teksi) dan dron atau apa saja selain dari kereta terbang. Malah ada yang berpendapat gelarkan sahaja Personal Air Vehicle.
 

 

Adakah dron gergasi atau flying teksi ini akan membunuh lagi kereta terbang? Syarikat Boieng dan Airbus yang berkaitan dengan teknologi penerbangan dan aeroangkasa sedang membangunkan dron-dron yang mampu membawa penumpang yang bakal digunakan oleh syarikat pengendali e-hailing seperti UBER, malah syarikat pengeluar kereta juga sedang giat menghasilkan dron spefikasi yang boleh membawa penumpang tanpa juruterbang. Malah UBER dibawah perkhidmatan UBER Elevate akan menguji dron pada tahun 2020 dan dijangkan akan mula beroperasi pada tahun 2023 di Melbourne, Dallas dan Los Angelas.



 

 

Hovercar adalah juga kereta terbang? Teknologi anti graviti ini masih belum wujud akan tetapi manusia telah lama mengimpikan teknologi ini digunakan pada kenderaan, Hovercar dipopularkan pada animasi, permainan video dan film sahaja.

 

Sekali lagi imiginasi pelukis komik pada 1997 yang diterbitkan di Malaysia telah memaparkan teknologi anti graviti pada Hovercar di Malaysia pada tahun 2020. Kenderaan yang dilengkapkan teknologi anti graviti digambarkan akan terapung beberapa inci dari permukaan tanah.

 

 

Selain dari kereta terbang yang memiliki sayap kepak kaku dan Gyrocopter. I-Tec Maverick atau dipanggil Buggy Terbang menggunakan konsep paraplane.
 

 

Kereta terbang di HollyWood


Hollywood juga menghidangkan kereta terbang, AMC Metador Coupe dari sedutan filem James Bond 1974 The Man With Golden Gun kereta dari keluaran AMC. Kereta dimendapat gelaran Flying AMC Metador. Sebenarnya pihak produksi James Bond hanya menggunakan model kereta kawalan jauh sahaja bukan menggunakan kereta saiz sebenar.

 

Pada tahun 1989 filem lagenda mesin masa Back To Future Part II menggunakan kereta DMC DoLorean.
 

 

Penulis : Muhamad Qalif 


* Rujukan :
        -       How Soon Can You Get Your Flying Car : http://bestride.com/news/entertainment/how-soon-can-you-get-your-flying-car-how-about-never  
- There’s a way to make flying car actually works : https://jalopnik.com/theres-a-way-to-make-flying-cars-actually-work-1794626466
- AMC Matador Coupe : https://www.jamesbondlifestyle.com/product/amc-matador-coupe
- The Ten Craziest Failed Flying Car : https://jalopnik.com/the-ten-craziest-failed-flying-cars-5916189
- The Long, Weird History of Flying Car : https://www.popularmechanics.com/technology/infrastructure/g2021/history-of-flying-car/

Add new comment

Careta Ad

Berita Berkenaan

Berita Global
  Perjanjian itu setakat ini menjadikan syarikat yang berpangkalan di Santa Cruz, California…
Berita Global
Maaf, bukan kereta terbang sebenarnya, akan tetapi Hyundai kini menjalinkan kerjasama dengan Uber…
Berita Global
  Kereta terbang dua kerusi dan tiga roda ini yang diberi nama Pioneer Personal Air Landing…