Sejarah kereta kecil Mazda, dari 2 pintu hingga pintu buka ke atas!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Mazda AZ-1
Mazda AZ-1
Satu perkara tentang budaya Jepun ialah bagaimana ruang kecil begitu dihargai. Sebagai contoh, gayaan kemas dan tidak berserabut dengan reka bentuk minimalis menjadi inspirasi kepada ramai orang.

Reka bentuk begitu turut diaplikasikan pada kenderaan dan satu perkara biasa untuk kereta buatan Jepun kelihatan kecil dari luar tetapi terasa luas di dalam.

Segmen kenderaan yang popular dan sudah sebati dengan pengguna Jepun ialah kei-car yang diperkenal oleh kerajaan Jepun pada 1949.

Kei sebenarnya ringkasan kepada Keijidosha yang bermaksud kenderaan ringan. Kereta mikro kelas kei perlu mematuhi beberapa syarat seperti saiz dan sehingga 1975 tidak boleh dipasangkan enjin melebihi 660cc.

Mazda seperti pengeluar Jepun lain mempunyai model dalam segmen ini.

Kereta penumpang pertama Mazda yang dilancarkan pada tahun 1960 dibina mengikut peraturan ini, model tersebut dikenali sebagai R360 Coupe dengan panjang kurang dari tiga meter.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Mazda R360

 

2020_R360_100th_037

 

Dengan ukuran tidak sampai tiga meter, Mazda R360 Coupe boleh memuatkan empat penumpang dewasa dan meningkatkan standard kereta mikro di Jepun dengan gayaan menarik, binaan ringan dan teknologi enjin pintar.

Berat R360 hanya 380kg dan model paling ringan di dalam kelasnya. Enjin empat lejang yang digunakan pula cekap bahan api, lebih senyap, bersih dan fleksibel berbanding enjin dua lejang yang digunakan pengeluar lain.

Enjin R360 turut ditawarkan dengan pilihan transmisi automatik dan suspensi bebas pada empat sudut merupakan contoh awal bagaimana Mazda melakukan suatu perkara berbeza dari segi pengendalian dan hubungan di antara pemandu.

Dengan harga mampu milik dan bagus untuk dipandu, R360 mendominasi segmen sejak dari pelancaran lagi, 4,500 unit terjual pada hari pertama pada Mei 1960 sebelum menguasai 15 peratus pasaran domestik tahun itu.

 

Mazda Carol

 

Mazda_Carol_360_1962_hires_hires

 

Sambutan R360 menyumbang kepada penjualannya di Jepun sehingga 1969 dan pada masa itu Mazda telah melancarkan sebuah lagi model kecil yang berjaya.

Mazda Carol dilancarkan pada tahun 1962, sebuah model dua pintu dan disusuli varian empat pintu yang merupakan sedan terkecil di dunia.

Carol juga digerakkan oleh satu dari enjin empat silinder terkecil di dalam sejarah.

Walaupun mempunyai ukuran panjang sama seperti R360, jarak roda (wheelbase) Carol lebih panjang selain rekaan cermin belakang jenis buka tepi (inverted) yang membantu ruang dalaman kereta.

Badan jenis monokok dan suspensi jenis bebas pula menzahirkan pemanduan selesa. Mengulangi kejayaan R360, Carol juga cepat popular dengan penguasaan dua pertiga segmen kereta mikro di Jepun pada 1962.

 

Mazda Chantez

 

Mazda_Chantez_1972_hires_hires

 

Mazda Carol terus berada di pasaran sehingga 1970 dan dua tahun berikutnya, Mazda Chantez diperkenalkan di Jepun. 

Hatchback dengan reka bentuk moden itu mempunyai empat tempat duduk dan dikuasakan enjin 359cc yang menggerakkan roda belakang.

Satu fakta menarik ialah Mazda pada awalnya mahu menggunakan enjin rotary tunggal dan hasrat itu tidak menjadi kenyataan.

Apa yang terjadi ialah pengeluar Jepun lain menghalang perancangan Mazda untuk enjin rotary dibenarkan diguna pada kenderaan kei-car.

 

Mazda Autozam Carol

 

Mazda_Autozam_Carol_1989_hires_hires

 

Mazda menarik diri dari pasaran kenderaan kei-car selepas pengeluaran Chantez dihentikan pada 1972.

Bukan berhenti terus, pada lewat 80-an Mazda kembali semula apabila kerajaan Jepun menggubal insentif yang meningkatkan populariti segmen itu.

Mazda menggunapakai semula nama Carol dengan memperkenalkan Autozam Carol pada 1989.

Autozam diposisi sebagai sub-jenama 'remaja' untuk pasaran Jepun dan model itu merupakan pembekalan kerjasama OEM bersama Suzuki.

Mazda FLAIRWAGON

Generasi baharu Autozam Carol dilancar pada tahun 1995 dan nama Mazda kembali digunakan pada model generasi ketiga pada tahun 1998.

Mazda Carol generasi keempat menyusul pada tahun 2004 dan diganti pada tahun 2010 dan model di pasaran sekarang dilancar pada tahun 2014.

Carol pada hari ini sudah sebati di dalam pasaran kereta kecil Jepun dan turut ditawarkan bersama Mazda Flair, Mazda Flair Wagon dan Mazda Scrum Wagon.

 

Autozam AZ-1

MazdaAZ-1(2)

Ini model yang popular di kalangan peminat kereta dari luar Jepun. Kereta sport ini dikuasakan enjin yang berada di tengah dengan pacuan roda belakang dan identiti unik pintu gullwing. 

Ia seperti kereta super yang dikecilkan dan Autozam AZ-1 hanya seberat 720kg. Model ini dikeluarkan dari 1992 hingga 1994 dan digerakkan enjin 657cc Suzuki.

Harganya pula berada di bawah paras MX-5 bagi menawarkan kereta sport kecil untuk pemandu Jepun. Turut menarik ialah versi Mazdaspeed dengan kit badan, suspensi sport, ekzos dan penapis udara khas.

Hanya dijual selama dua tahun dalam jumlah terhad ianya merupakan kereta sport kei yang rare dan menjadi buruan.

 

Mazda 121

 

mazda_121_1

 

Dilancar pada tahun 1986, Mazda 121 mempunyai ukuran luar yang kecil iaitu 3,500 mm tetapi rasa luas di dalam.

Rekaan unik pada model ini ialah kerusi belakang jenis gelungsur dengan mekanisma larasan dari but atau kerusi itu sendiri.  

121 juga ditawarkan dalam versi bumbung kanvas elektrik yang boleh dibuka dari dua hala. Model ini turut mempunyai versi sedan dan di Jepun 121 menggunakan nama Autozam Revue.

 

Mazda Demio

 

mazda_demio_027

 

Mazda Demio pertama kali dilancar pada tahun 1996 dengan membawa pakej MPV kompak seperti ruang kepala, pelbagai jenis tempat duduk dan bukaan belakang but belakang ekstra lebar.

Dijenamakan sebagai Mazda2 di Eropah, generasi kedua dilancar pada tahun 2002 dan mula memahat nama Mazda di dalam segmen B di sana.

Mazda2 generasi seterusnya dilancar pada tahun 2007 dan beralih dari reka bentuk mini MPV berkotak kepada lebih kecil dan cenderung kepada rupa hatchback yang aerodinamik.

Dengan berat 100kg lebih ringan berbanding generasi sebelum dan suspensi yang diperbaiki, Mazda2 di antara model supermini yang mempunyai pengendalian terbaik di pasaran.

Kemuncak model ini apabila dinobatkan sebagai Kereta Dunia Tahun 2008 dan ia merupakan pengiktirafan berprestij.

 

Mazda2_WCOTY_award

 

Selain hatchback, Mazda2 ditawarkan dalam versi sedan di banyak buah pasaran Asia dan menerima jualan baik di Australia dan Thailand.

Model sedan turut memperkenalkan Mazda2 di pasaran utama dunia seperti Amerika Syarikat dan China. 

Sebagai sebuah model global, Mazda2 dipasang di Jepun, China, Thailand, Columbia dan Vietnam.

Selain enjin pembakaran dalaman, Mazda menawarkan 100 unit versi bateri elektrik di Jepun pada 2012 sebagai program pajakan dan tahun berikutnya, Mazda memperkenalkan versi range extender dengan enjin rotary.

Mazda2 generasi keempat dilancar pada tahun 2014 dan model kecil pertama yang dibangunkan mengikut tema reka bentuk KODO.

 

Mazda2Saloon

 

Model ini diiktiraf sebagai Kereta Jepun Tahun 2014-2015 dan seperti generasi sebelum mempunyai versi sedan. Mazda2 sedan tidak dijual di AS tetapi dijenamakan sebagai Scion iA dan Toyota Yaris Sedan.

Pembaharuan untuk model 2020 ialah kotak gear manual dan teknologi Mazda M Hybrid mild hybrid.

Perjalanan kereta kei Mazda adalah suatu yang menarik, ia bukan sekadar tempelan bagi memenuhi keperluan pasaran tetapi Mazda benar-benar serius. 

Dari model unik seperti AZ-1 hingga model global Mazda2, ada sahaja falsafah yang dibawa dan inilah Mazda. Sentiasa berbeza dan kuat dengan falsafah.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Mazda2

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Sifirnya bukan rahsia iaitu rekaan yang menyerlah dan tidak bergantung secara mutlak kepada…
Berita Global
Ia memiliki sifat yang ringan dan kuat dalam masa yang sama, namun harus diingat gentian karbon…
Telah Diuji
Kalau diikutkan sejak CX-5 generasi kedua ini mula dilancarkan pada tahun 2017, sudah enam kali…