Sejarah cermin sisi

oleh HEZERI SAMSURI|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Cermin sisi adalah satu aksesori keselamatan yang ada pada kenderaan modern.

 

Jika anda ingat, cermin sisi semasa zaman Proton Saga dilancarkan sendiri menjadi satu aksesori di mana varian 1.3L hanya mendapat sebelah cermin sisi sahaja.

 

Sekarang, cermin itu ialah satu aksesori wajib untuk sebuah kenderaan baharu. 

 

Sejarahnya bermula dalam tahun 1911 bila seorang pelumba kereta dari Amerika Syarikat, Ray Harroun memasang sebuah cermin pandang belakang pada jentera lumba Marmon Wasp beliau semasa perlumbaan Indianapolis 500.

 

Pada masa itu, setiap kereta lumba perlu membawa seorang mekanik sebagai "pembantu" tetapi tugas sebenar mereka ialah untuk memberitahu pemandu tentang apa yang terjadi di belakang kereta lumba mereka.

 

 

Harroun membuang pembantu beliau dan menggantikannya dengan cermin pada belakang di hadapan stereng kereta lumbanya. Hasilnya, kereta Harroun jauh lebih ringan kerana tidak perlu lagi membawa penumpang.

 

Sayang sekali, pelumba-pelumba lain membantah cara "penjimatan berat" Harroun dan cermin pandangan belakang itu hanya diserapkan ke kereta lumba Indianapolis pada awal 1930-an.

 

Dalam tahun 1921, Elmer Berger memfailkan paten rasmi kepada cermin pandang belakang dan menjualkannya sebagai alat "anti-polis".

 

Oleh kerana pada zaman itu jalanraya di US hanya mempunyai satu laluan (single lane), cermin pandang belakang dan cermin sisi tidak diperlukan dan dilihat sebagai barangan opsyen.

 

 

Pada masa itu juga, cermin sisi mula dihasilkan dan ia diletakkan samada di atas fender hadapan atau di atas tayar simpanan di sisi hadapan.

 

Antara cermin pandang belakang yang unik ketika itu ialah The Passing Eye Mirror - cermin untuk memotong.

 

Pada zaman itu, jalanraya di US hanyalah jalan satu laluan dan kerap pemandu terpaksa memotong kenderaan-kenderaan yang lembab di hadapan mereka.

 

Untuk mengetahui laluan bertentangan kosong atau tidak, pemandu terpaksa keluar ke tengan jalanraya untuk mengintai. Bila tiada trafik dari arah bertentangan, barulah mereka memotong.

 

Ini sama dengan keadaan sekarang di jalan-jalan persekutuan.

 

 

Alat Passing Eye ini mempunyai dua keping cermin. Apa yang terjadi ialah cermin yang memandang pemandu akan menunjukkan imej dari cermin yang memandang ke hadapan. 

 

Cermin yang memandang ke hadapan itu terkeluar sedikit dari badan kereta, membolehkan pemandu melihat trafik bertentangan tanpa membawa kereta mereka ke tengah-tengah laluan.

 

Ia tidak begitu popular kerana ia diharamkan oleh kerajaan US atas dasar ramai yang menjadi keliru.

 

Apapun, cermin sisi sekarang datang dalam pelbagai bentuk dan walaupun ia berguna, cermin sisi menghasilkan dua atau tiga masalah kepada pembuat kenderaan:

  1. Ia tidak aerodinamik dan menghasilkan "angin kotor" yang memberi efek kepada penggunaan bahan api dan kelajuan.
  2. Masalah paling besar, jika ia salah direka, bentuknya akan menyebabkan bunyi paling bising di dalam kabin kenderaan.
  3. Menjadi objek yang sering tercedera, contohnya disenggol Mat Rempit.

 

Kebanyakan syarikat kenderaan merasakan masa hadapan cermin sisi dan cermin pandang belakang akan digantikan dengan sistem kamera.

 

Dari segi keselamatan, kamera memberikan imej yang lebih terang dan pelbagai informasi boleh disumbatkan ke dalam skrin paparan.

 

Dari segi bajet, harga sistem kamera mungkin akan menjadi lebih murah dari menghasilkan cermin sisi,

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, kejadian…
Berita Global
Di Malaysia, paling teruk pun kena saman dengan abang JPJ, namun di India anda tidak lagi boleh…
Berita Global
Langkah tersebut kemudian diikuti oleh Audi menerusi model e-tron yang turut menggunakan teknologi…