Sejarah Celica ST205 yang sangat licik

oleh Danial Yasin Suhaimi|

Toyota Celica GT-Four dihasilkan antara tahun 1986 hingga 1999 dengan 3 generasi berbeza, Celica mungkin tidak popular seperti adik beradiknya Supra, tetapi ia juga memiliki kelebihan dan keunikan tersendiri.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Celica GT-Four memiliki 3 generasi bermula dengan ST165 dikeluarkan dari tahun 1986-1989, ST185 dikeluarkan dari tahun 1989-1993 dan generasi ketiga yang paling penting iaitu ST205 dikeluarkan dari tahun 1994-1999.

 

celica

 

Celica ST205 boleh dianggap sebagai sebuah jentera lagenda rali yang membezakan antara 2 generasi sebelumnya kerana Toyota hanya menghasilkan 2500 unit homologasi bagi melayakkan GT-Four memasuki rali kumpulan A kejohanan WRC.

Daripada 2500 unit yang dihasilkan, 2100 unit daripadanya dijual di Jepun, 300 unit dieksport ke Eropah, 77 unit dieksport ke Australia, 5 unit dieksport ke New Zealand dan bakinya untuk pasaran umum.

 

3s-gte

 

ST205 dikuasakan enjin 3S-GTE 2.0 liter turbo yang dinaik taraf dipadankan dengan transmisi E154F manual 5 kelajuan 4WD menghasilkan sehingga 252 HP dan 304 Nm untuk pasaran Jepun, manakala untuk pasaran eksport ia menghasilkan 249 HP dan 302 Nm.

Semasa musim WRC 1995, Toyota telah dikesan menggunakan pembatas turbo haram di Rali Catalunya dan diberi larangan selama setahun oleh FIA.

 

gt-four

 

Presiden FIA, Max Mosley berkata, "Ianya peranti paling canggih yang pernah saya lihat dalam 30 tahun sukan permotoran". Sepanjang bertanding, ST205 berjaya memenangi 1 siri penuh  WRC , dan 2 pemenang keseluruhan dalam siri W2L.

Semua fakta dan sejarah ini sememangnya melayakkan Celica ST205 berada sebaris dengan jentera rali lagenda yang lain seperti Audi Quattro, Peugeot 205 T16, Ford RS200, Subaru Impreza WRX dan banyak lagi.