Sejarah Apollo Tyres - syarikat pengeluar tayar dari India, kini ke-14 terbesar di dunia!

oleh Mohamad Hanif|
Mungkin ramai yang tidak pernah mendengar nama Apollo selain daripada iklan di kaca televisyen setiap kali sebelum bermulanya Dragon Ball, Digimon dan beberapa siri animasi lain pada hujung minggu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Di sudut dunia yang berbeza, Apollo merupakan sebuah syarikat pengeluar tayar yang keempat belas terbesar di dunia berpangkalan di India. 
 


Sehingga saat ini, Apollo Tyres Limited telah mempunyai empat buah kilang pengeluar di India, sebuah di Netherlands dan di Hungary.

Ditubuhkan pada tahun 1972 oleh Rohit Singh, Bharat Steel Tubes, Ltd. Raunaq International Pvt. Ltd., Raunaq & Co. Pvt. Ltd., Raunaq Singh dan Jacob Thomas.

Kilang perintis telah dibina pada tahun 1977 di Bihar, India diikuti pembukaan kilang kedua di Gujarat, India pada tahun 1991. 
 


Syarikat ini mempunyai dua jenama global bagi memasarkan produk ke seluruh dunia iaitu Apollo sendiri dan Vredestein. 

Kedua-dua jenama ini memasarkan produk tayar yang meluas untuk pelbagai kegunaan - daripada segmen kereta penumpang, kenderaan komersil dan off highway

Di bawah naungan Apollo, terdapat beberapa syarikat pengeluar tayar dengan pasaran yang khusus seperti Regal dan Kaizen yang mengeluarkan tayar segmen bas dan trak, manakala Maloya pula memfokuskan kepada pengeluaran tayar kenderaan penumpang. 

Setiap jenama tersebut mempunyai bahasa rekaan yang tersendiri dan disasarkan kepada kumpulan khusus pengguna membolehkan Apollo Tyres mampu memberikan tawaran produk yang berbeza-beza mengikut aplikasi dan geografi kepada pengguna. 
 


Pada tahun 2016, Apollo Tyres telah menjadi rakan kongsi kepada Manchester United, sebuah pasukan bola sepak yang terkemuka. 

Serentak dengan itu, mereka turut melancarkan produk tayar edisi terhad 'Manchester United' dengan rekaan sidewall yang unik dan dikhususkan kepada kenderaan bersaiz sederhana. 

Kami telah memasang produk Manchester United ini pada Iriz Hijau kami dan nantikan laporan penggunaan akan menyusul tidak lama lagi. 
 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Apollo Tyres, salah sebuah pengeluar tayar terkemuka di dunia merasmikan Zon Tayar Trak Apollo (…