Segway hasilkan motosikal berkuasa hidrogen Apex H2 - 0-100 bawah empat saat!

oleh Mohamad Hanif|
Jenama Segway lebih kita kenali sebagai syarikat yang mahir menghasilkan mod pengangkutan peribadi, namun produk yang dipaparkan kali ini merupakan sebuah motosikal yang serba futuristik digelar sebagai Apex H2.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Apex H2 tampil dengan rekaan yang cukup kemas, dimulakan dengan lampu utama yang nipis, penghadang angin yang minimalis serta penggunaan lengan ayun untuk kedua-dua roda depan dan belakang.

 


Di bahagian sisi pula menampilkan ruang seakan storan yang menempatkan bekas penyimpanan bahan api.

Namun, Apex H2 ini tidaklah menggunakan bahan api konvensional, sebaliknya bekas yang disebutkan tadi merupakan kanister storan bahan api hidrogen yang menyalurkan hidrogen kepada trenkuasa sel bahan api.

 

kanister penyimpanan hidrogen


Tidak banyak perincian didedahkan, namun Apex H2 mempunyai kuasa setinggi 80 hp dengan pecutan 0-100 km/j bawah empat saat sebelum mencapai kelajuan tertinggi 150 km/j.

Walaupun dilihat seakan sebuah konsep, Apex H2 ini dijadualkan pelancaran rasminya pada tahun 2023 dengan harga jualan bermula dari $10,699 (RM44,267).

Berita Berkenaan

Informasi
Ninebot ialah sebuah syarikat China yang telah membeli syarikat terkenal Segway dari US - jenama…
Berita Global
Segway yang terkenal dengan penghasilan kenderaan dua roda dengan ciri pengimbangan kendiri…