Sedikit tetapi penting pada kami - Proton

oleh HEZERI SAMSURI|
Proton menyatakan bahawa pertumbuhan jualan sebanyak 12.5 peratus yang diberitakan semalam adalah satu kemajuan yang sedikit tetapi sangat penting untuk syarikat tersebut.

Careta duduk bersama Abdul Rashid Musa, Timbalan Presiden Bahagian Jualan dan Pemasaran untuk Proton semalam di pejabatnya di bangunan Centre of Excellence, Shah Alam.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

“Sudah lebih sebulan kami berada di bawah pengurusan Dr Li Chunrong dan kami sudah mula melihat arah tujuan Proton,” terang beliau.

Dr Li dikhabarkan masih belum bersedia untuk duduk bersemuka bersama media tempatan kerana beliau mahu menumpukan kepada aktiviti-aktiviti CFT (Cross Functional Team) dan juga proses pembelajaran akan selok-belok industri negara.

“Kami yakin jumlah jualan negara tahun ini atau TIV yang diunjurkan oleh MAA pada 590,000 unit akan tercapai dan Proton giat menumpukan kepada aktiviti-aktiviti yang membawa kepada jualan,” sambungnya.

Proton Persona menjadi senjata utama Proton, dengan peningkatan jualan sebanyak 90 peratus berbanding dengan tahun 2016. Sebanyak 15,448 unit Persona terjual sejak Januari 2017 sehingga Oktober lalu. Proton menjual sebanyak 8,126 unit Persona tahun lalu, selepas pelancarannya dalam bulan Ogos 2016.

Saga menunjukan penambahan jualan sebanyak 11 peratus, iaitu dari 21,722 unit terjual dalam tahun 2016 kepada 24,061 unit untuk tahun ini (Januari ke Oktober).

Proton Ertiga yang mula dipasarkan awal tahun ini mencatat jualan sebanyak 4,941 unit sementara Perdana mengalami sedikit penguncupan, negatif enam peratus (694 unit untuk 2016 dan turun kepada 650 unit tahun ini).

“Proton Perdana ialah model yang disasarkan untuk pihak kerajaan dan jualannya tertakluk lebih kepada permintaan kerajaan juga,” rashid menerangkan.

Jumlah model-model lain tidak dikongsi bersama media yang hadir semalam kerana menurut Timbalan Presiden itu, angka yang direkodkan tidak begitu seimbang disebabkan efek dari faktor-faktor luaran seperti industri teksi yang merudum dan sebagainya.

 

rashid

 

Pegangan pasaran oleh Proton juga meningkat, dari 12 peratus untuk tahun 2016 kepada 13 peratus untuk tahun ini.

Jumlah jualan meningkat 12.5 peratus, dari 50,092 unit terjual dari Januari ke Oktober 2016, kepada 56,277 unit dalam tempoh yang sama tahun ini.

“Tetapi, jika dikira dari tahun kewangan Proton pula, prestasi Proton meningkat 20 peratus sebenarnya,” ujar Rashid.

Tahun kewangan Proton ialah dari April ke September.

“Aktiviti-aktiviti pemasaran seperti road-show akan dipertingkatkan kerana kami dapati pasaran sekarang tidak lagi seperti dahulu. Orang sudah kurang mahu singgah ke dewan pameran kenderaan. Kerana itu, kami bawakan dewan pameran kepada mereka dengan mengadakan pameran Teknologi Keselamatan Proton di merata pelusuk negara,” sambungnya.

Proton membina 18 buah model demo kerangka HPF Proton Persona untuk menunjukan keselamatan yang ditawarkan oleh Proton bagi melindungi penumpang-penumpang.

Proton juga membina simulator sendiri untuk menunjukan kawalan kenderaan dengan menggunakan sistem ESC. 

“Kami lihat sendiri bagaimana cara ini membantu kami untuk terus berhubung dengan pelanggan-pelanggan dari kategori yang lazimnya membeli kenderaan dari jenama asing.”

airbags

 

“Mereka tahu apa yang mereka mahukan dan mereka faham konsep keselamatan. Pada mereka, ciri-ciri keselamatan yang tinggi pada Proton menjadi titik pemilih. Proton Iriz contohnya, memberikan kerangka dengan besi HPF yang kukuh dan enam beg udara pada harga yang paling mampu di dalam pasaran,” kata Rashid.

Proton akan terus memberikan penumpuan untuk memperkenalkan produk-produk mereka kepada golongan-golongan sasaran yang lebih berdaya saing. Careta merasakan ini adalah satu objektif yang bernas kerana keselamatan semakin menjadi faktor utama dalam pemilihan kenderaan oleh rakyat Malaysia.

Berita Berkenaan

Hezeri Samsuri
Ini sudah mula dirasakan oleh Eropah di mana Kesatuan Eropah (EU) mula mempersoalkan harga-harga…
Berita Domestik
Dalam usaha pengembangan keupayaan pemasangan cermin gelap sendiri, kemudahan baharu itu mampu…
Berita Domestik
Pengadaptasian tenaga hijau tersebut yang telah dilancarkan dua tahun lalu telah membolehkan PROTON…