Sedar BMW 'banyak makan wang', petani ini terpaksa mencuri ayam dan itik

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sedar akan kemampuan diri yang tidak mampu untuk membeli setitik bahan api untuk kereta BMW-nya, seorang petani bertindak untuk mencuri ayam dan itik di malam hari di sebuah perkampungan selatan China. 

Tindakan lelaki berusia 50 tahun ini akhirnya berjaya dirakam menerusi kamera litar tertutup (CCTV) ketika sedang mencuri burung-burung tersebut di Linshui, wilayah Sichuan sejak April lalu. 

Petani 'kaya' mengaku tindakan beliau mencuri ayam dan burung adalah untuk menyara duit minyak kereta BMW 7-Series yang bernilai 2 juta yuan (RM1.02 juta) itu yang memang 'banyak makan wang'.

Menurut pihak berkuasa, mereka mengesan kelibat lelaki tersebut berdasarkan kamera litar tertutup di jalan luar bandar, dan modus operandi pencuri ini menggunakan sebuah motosikal sebelum menghala ke kampung untuk 'mencari rezeki'.
 


Setelah selesai operasi mencuri, kesemua ayam dan itik tersebut akan diternak di rumah sendiri sebelum dijual kepada pembeli. 

Pada mulanya, pihak polis tidak dapat mengejar suspek disebabkan dia memandu agak laju di dalam kereta mewahnya.

Namun, pihak berkuasa berjaya memintas dan menahan suspek apabila petani tersebut terpaksa memandu perlahan di jalan kampung yang lebih sempit. 

Sumber: South China Morning Post 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurutnya, mangsa yang juga peniaga kemudian pulang kira-kira jam 4.45 petang ke bilik sewanya itu…
Berita Domestik
Kejadian tersebut tular di Facebook selepas mangsa memohon bantuan orang ramai menjejaki kereta…
Berita Global
Ia juga seharusnya sangat berguna di dalam situasi melarikan diri daripada pihak berkuasa. Namun…