Sedan Peugeot 408 2022 dilancarkan di China

oleh Mohamad Hanif|
Tatkala Peugeot Eropah baharu sahaja memperlihatkan imej acah model 408 yang bakal dilancarkan kelak, sebuah model baharu dengan membawakan nama 408 telah pun dilancarkan di China.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Tidak memiliki kaitan secara terus dengan model crossover 408 di Eropah, Peugeot 408 yang baru dilancarkan itu memiliki bentuk badan sedan dengan membawakan rupa paras Peugeot yang lebih moden.

Ia bukanlah model serba baharu, memandangkan Peugeot 408 ini sebenarnya masih lagi berstatus model facelift selepas kali pertama diperkenalkan pada tahun 2014.
 

408


Dimensi badan yang hampir serupa membuktikan Peugeot 408 ini masih lagi menggunapakai platform EMP2 yang sama seperti Peugeot 308 generasi terdahulu.

Rupa paras hadapan sememangnya membawakan bahasa rekaan Peugeot dengan lampu utama dan lampu nyalaan siang DRL yang agresif, diikuti dengan rekaan gril depan yang besar, diikuti dengan kemasan liang kemasukan udara palsu pada bahagian bampar.

Bahagian belakang pula menempatkan unit lampu LED yang lebih nipis mengingatkan kita pada model 508, rekaan bampar yang lebih bersih serta penampakan spoiler terbina pada bahagian but belakang.
 

408


Ruang kabin juga turut mendapat versi baharu Peugeot iCockpit yang lebih moden, dimulakan dengan skrin kluster 12 inci dan skrin infotainmen 10 inci, gugusan butang kawalan di bahagian tengah, dan roda stereng berdiameter kecil.

Peugeot 408 2022 di China dikuasakan oleh nadi empat silinder sebaris 1.6 liter turbo menghasilkan 167 hp dan 250 Nm, dipadankan dengan transmisi klac berkembar enam kelajuan yang memacu roda depan.

Harga jualan Peugeot 408 2022 ini dikatakan bermula sekitar 119,700 yuan (RM78,674).