Sedan elektrik Polestar 2 mula diproduksikan di China

oleh Mohamad Hanif|
Kereta berkuasa elektrik sepenuhnya berprestasi tinggi pertama dari jenama naungan Volvo, Polestar 2 telah diberitakan memasuki fasa produksi di kilang pemasangan di Luqiao, China.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut sumber media utama dunia, beberapa syarikat automotif didapati telah memulakan semula operasi pemasangan kenderaan di China yang diberitakan semakin pulih daripada wabak pandemik COVID-19.

 


Kilang Luqiao yang dimiliki oleh Geely Auto dan dioperasikan oleh Volvo Cars ini akan memasang unit terawal sedan elektrik Polestar 2 yang dikhususkan untuk pasaran Eropah terlebih dahulu.

Pasaran lain seperti China dan Amerika Utara pula akan menyusul.

 


Seperti yang diumumkan pada tahun lalu, harga jualan Polestar di pasaran UK bermula dari £49,000 (RM252,765*) untuk versi Launch Edition.

Polestar 2 Launch Edition didatangkan lengkap dengan Performance Pack yang merangkumi komponen peredam Ohlins, brek Brembo berprestasi tinggi serta rim aloi bersaiz 20 inci.

 


Dari segi teknikal, ia dibangunkan berdasarkan platform CMA Volvo serta menawarkan pek bateri 78 kWh yang mampu memberikan jarak operasi sejauh 470 km mengikut data kitaran WLTP.

Penggunaan motor elektrik berkembar pula membolehkan sedan ini memiliki kuasa 408 hp dan 660 Nm yang disalurkan kepada sistem pacuan semua roda, dan pecutan sepantas 4.7 saat dari 0-100 km/j.

 


Sebut pasal pasaran global, hanya beberapa pasaran sahaja akan menerima Polestar 2 termasuklah China, Amerika Syarikat, Kanada, UK, Belgium, Jerman, Netherlands, Norway dan tanah tumpahnya minyak hitam Volvo, Sweden.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Usah risau, ini kerana Lotus Emeya sudah pun selesai menjalani ujian pembangunan menyeluruh dalam…
Berita Global
Menurut Togg, T10F bukan sekadar sebuah kereta, akan tetapi ia sebenarnya 'sebuah peranti pintar…
Berita Domestik
Berdasarkan hantaran di laman Facebook MyEVOC oleh Faisal Hussamuddin, sedan elektrik itu dilihat…