Sedan elektrik BMW i7 bakal muncul di Malaysia

oleh Mohamad Hanif|
BMW Group Malaysia mengesahkan kemunculan model kereta elektrik (EV) baharu BMW i7 yang bakal memasuki pasaran tempatan dalam masa terdekat.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Hal ini disebut dalam satu siaran media yang dihantar semalam sebagai respons kepada pembentangan Bajet 2023 di mana Pengarah Urusan BMW Group Malaysia Hans de Visser menyambut baik usaha yang dijalankan oleh kerajaan ke arah mobiliti elektrik yang mampan.

BMW Group Malaysia mempunyai visi untuk mengubah landskap automotif Malaysia menerusi NEXTGen Malaysia yang dilancarkan pada Januari yang lalu.

Malah, menerusi kerjasama dengan rakan-rakan kongsi seperti Tenaga Nasional Berhad, EV Connection (JomCharge) dan Siemens, kumpulan itu kini mempunyai lebih 400 fasiliti pengecasan di seluruh Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.
 

17


Tidak dinyatakan bila sedan elektrik saiz penuh itu bakal muncul, namun ia dilihat mampu untuk melengkapi barisan kenderaan elektrik yang telah pun ditawarkan oleh BMW Malaysia seperti BMW iX, BMW iX3, dan juga BMW i4.

Di pasaran global, BMW i7 xDrive60 menampilkan dua motor elektrik, di mana motor elektrik depan berkuasa 255 hp sementara motor elektrik belakang pula lebih berkuasa, 308 hp.

Kuasa gandingan yang ditawarkan oleh i7 ini adalah sekitar 536 hp dan 744 Nm, dengan pecutan 0-100 km/j sepantas 4.5 saat.
 

i7


Pek bateri berkapasiti 101.7 kWh pula membolehkan sedan elektrik ini mencapai jarak operasi sejauh 483 km, dan disokong dengan pengecasan pantas 195 kW yang membolehkan BMW i7 menambah jarak 128 km dalam masa 10 minit.

Baca: BMW 7 Series & i7 Generasi baharu

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku semasa lelaki itu memandu dari arah Jalan Duta ke Plaza…
Berita Domestik
Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan II, Mohd Anuar Ali berkata, Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur…
Berita Domestik
Perkhidmatan eksklusif dengan BMW i7 itu akan dibuka secara eksklusif kepada penumpang Enrich…