Sedan atau SUV? Mercedes-Benz masih lagi percayakan populariti sedan

oleh Mohamad Hanif|
Tidak dapat dinafikan populariti SUV semakin meningkat saban tahun sehingga menenggelamkan segmen sedan yang pernah menguasai jalanan suatu ketika dahulu.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Namun, disebalik kebanjiran model SUV (termasuklah SUV coupe), Mercedes-Benz masih lagi mempunyai keyakinan penuh terhadap populariti sedan tiga kotak, khususnya model S-Class generasi baharu yang dilancarkan tempoh hari.

Menurut bos Mercedes-Benz Ola Källenius dalam satu temubual seperti yang dilaporkan oleh CarsGuide berkata, "three-box sedan masih lagi kekal relevan di dalam segmen kenderaan mewah."

Mercedes-Benz - walaupun memiliki sehingga sembilan buah model SUV seperti GLA, GLB, GLC, GLC Coupe, EQC, GLE, GLE Coupe, GLS dan G-Wagon - masih lagi menaruh harapan terhadap kenderaan tiga kotak, khususnya S-Class.

Malah, sedan bertaraf mercu itu kekal menjadi model paling laris buat Mercedes-Benz, namun bukan di Eropah atau Amerika Syarikat, sebaliknya di China.

Ini kerana di Tanah Besar yang menjadi pasaran automotif terbesar di dunia, sedan S-Class berjaya dijual sebanyak 700 unit setiap bulan!

Tambah Källenius lagi, Mercedes menjangkakan penjualan S-Class dalam volum yang tinggi demi menampung kos pembangunannya.

Sumber: CarsGuide

Berita Berkenaan

Berita Global
Dibina di atas platform E-GMP, ia juga lebih kecil berbanding dengan EV6 yang sudah dijual di…
Berita Global
Jangkaan untuk model EV itu semakin meningkat sejak Xiaomi melancarkan kenderaan itu pada Disember…
Berita Domestik
Harga bermula dari RM200,700 untuk Model Y, RM247,700 untuk Model Y Long Range dan RM289,700 bagi…