Sebuah Nissan LEAF terjual setiap 10 minit - EV terlaris di dunia!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Suka atau tidak, kenderaan dengan teknologi mesra alam semakin diterima pasaran. Di negara kita nampaknya trend ini semakin hebat dibawa oleh pengeluar ternama.

Mercedes-Benz, Volvo, BMW, Audi telah menawarkan produk elektrifikasi masing-masing dan begitu juga dengan pengeluar massa lain seperti Honda, Toyota dan Nissan.

Namun dalam begitu banyak tawaran yang tersedia, pengeluar dan model manakah paling laris sekali?

Untuk segmen kenderaan elektrik, jawapannya ialah Nissan LEAF.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Nissan LEAF
Nissan LEAF generasi pertama

 

Di peringkat global, lebih dari 320,000 unit LEAF telah terjual menjadikannya EV paling laris di dunia. 

Di Eropah sahaja Nissan LEAF telah mencatat jualan sebanyak 100,000 unit di mana jumlah tersebut berjaya di capai pada bulan ini.

Jumlah tersebut merangkumi LEAF generasi pertama dan kedua. 

LEAF generasi kedua terus mendapat sambutan hangat di Eropah dengan jumlah tempahan sudah melebihi 37,000 unit atau boleh dinisbahkan kepada EV ini dibeli setiap sepuluh minit sekali!

 

Nissan LEAF

 

Pencapaian ini adalah suatu yang hebat memandangkan Nissan LEAF diperkenalkan buat pertama kali pada tahun 2010.

Jika ada yang bertanya faedah LEAF kepada dunia, sehingga kini pelanggan LEAF di Eropah secara kumulatif telah memandu lebih dari dua bilion kilometer dan telah berjaya mengurangkan lebih dari 300,000 tan karbon dioksida.

Satu lagi fakta menarik apabila Nissan LEAF adalah model paling baik di antara model Nissan lain dengan 92 peratus kadar kepuasan pelanggan!

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Nissan LEAF

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Dilihat dari dekat, corak jeriji berbentuk koma dan diselaputi warna hitam kilat. Koma atau…
Berita Global
Nissan Elgrand AUTECH 2024   Nissan sekali mengemaskini Elgrand dan mula dijual di Jepun pada…
Berita Global
  Kicks lebih tenang namun tetap bergaya selain canggih dengan teknologi e-POWER.  Tidak dibawa…