Sebelum umum akan jual EV sahaja bermula 2035, ini yang Thailand umum dahulu

oleh HEZERI SAMSURI|
Dua hari lalu, Thailand dengan berani mengumumkan bahawa negara itu akan hanya menjual kenderaan tanpa asap dari tahun 2035.

Ini ialah kerana Thailand mahukan status hab pengeluaran kenderaan konvensional sekarang ini kepada hab pengeluaran kenderaan elektrik (EV).
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Cabaran untuk Thailand boleh dikatakan tidak begitu sukar kerana ia sudah mempunyai asas yang kuat, sementara Indonesia masih lagi baharu.

Malaysia pula mengambil sikap berdiam diri, walaupun ia adalah negara pertama di Asean yang mula aktif dengan kegiatan EV.

Namun begitu, cita-cita Thailand bukanlah satu omongan kosong. 

Ini ialah kerana sebelum ia mengumumkan perancangan EV itu, negara gajah putih tersebut sudah pun mengumumkan pelan tenaga alternatif berskala besar.

 

 

Pada awal tahun ini, Thailand melaporkan bahawa projek tenaga surianya akan mula beroperasi pada bulan Jun kelak.

Dikatakan yang terbesar di dunia, ladang solar (solar farm) terapung itu akan menghasilkan tenaga sebanyak 45 megawatt.

Ia berada di bawah pengurusan Egat (Electricity Generating Authority of Thailand) dan firma kejuruteraan dan pembinaan pula ialah B. Grimm Power Plc.

Panel photovoltaic itu dipasang di kawasan seluas 72 hektar dan bernilai US$28 juta kesemuanya dan dipasang di empangan Sirindhorn di kawasan Ubon Ratchathani.

 

 

 

Ladang solar ini adalah dari jenis hibrid kerana ia beroperasi sekali dengan janakuasa 36 megawatt di empangan itu juga. Ia juga bermakna Egat dapat memastikan kadar jumlah air di empangan sentiasa berada di tahap optimal kerana ladang solar itu mampu menghasilkan tenaga di siang hari.

Di bawah Pelan Pembangunan Tenaga Kebangsaan Thailand tahun 2018, Egat komited untuk membina lebih banyak ladang solar di sembilan empangan hidro miliknya di seluruh Thailand dalam masa 20 tahun ini, dengan jumlah kapasiti tenaga terkumpul 2,725 megawatt.

Egat juga mempunyai perancangan untuk menggunakan sistem pengurusan dan penyimpanan tenaga - penting dalam sektor penghasilan tenaga elektrik menggunakan panel solar.

Untuk sesebuah negara mengumumkan projek EV, ia perlu hadir dengan pelan perancangan sumber tenaga bersih. Benda terakhir yang kita perlukan ialah sebuah negara yang berubah kepada EV kerana "negara-negara lain turut berubah ke arah EV.".

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Operasi yang bermula Februari itu telah meningkatkan pengeluaran kilang tersebut sebanyak 70…
Berita Global
Tahun ini, selain dari menjadi pentas persaingan antara jenama-jenama China yang mengusung model-…
Berita Global
Dibina di atas platform E-GMP, ia juga lebih kecil berbanding dengan EV6 yang sudah dijual di…