Sebab kenapa Proton tak patut guna nama 'Okavango' untuk pasaran Malaysia

oleh Mohamad Hanif|
Jika anda terlepas pandang, Geely baru-baru ini telah pun selesai melancarkan sebuah lagi model SUV dengan konfigurasi tujuh tempat duduk yang dinamakan sebagai Geely Okavango di Filipina.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Seperti kebiasaan, Geely Okavango merupakan nama khas yang digunakan oleh Geely Filipina bagi menggantikan nama asal Hao Yue.

Ingat lagi Geely Azkarra (Proton X70) dan Geely Coolray (Proton X50)?

 

Delta Okavango, salah satu daripada tujuh keajaiban dunia


Mungkin bagi sesetengah daripada kita, nama 'Okavango' itu nampak biasa (walaupun kedengaran memang pelik), akan tetapi untuk masyarakat Tamil Malaysia, nama tersebut sebenarnya mempunyai maksud yang tidak disenangi, seperti yang dijelaskan oleh rakan media Gokul dari Bigwheels.

Nama Okavango itu dipilih oleh Geely dan ia berasal daripada Delta Okavango yang terletak di Botswana, Afrika yang merupakan salah satu daripada tujuh keajaiban dunia oleh UNESCO.

Tatkala nama Hao Yue membawa maksud "hero" dan Okavango itu merupakan salah satu keajaiban dunia, namun bagi masyarakat India tempatan, nama "Okavango" itu membawa maksud "mari bersetubuh" dalam cara yang paling kurang sopan sekali.

 

Proton X50, atau Geely Coolray di Filipina


Namun, melihatkan kepada format penamaan model-model terbaharu Proton yang dimulakan sejak Proton X70, kami sendiri tidak merasakan Proton akan tergamak menggunakan nama Okavango untuk pasaran Malaysia, itu pun jika benar Proton membawa masuk model SUV tersebut.

Mungkin sekali Proton X90?

Spesifikasi lanjut Geely Hao Yue boleh dibaca pada pautan di bawah:
https://careta.my/article/geely-haoyueproton-x90-rm92k-di-china

Sumber: Bigwheels menerusi Wapcar

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Mengikut laporan rakan media Paultan, model hibrid pertama itu merupakan SUV tiga baris tempat…