Sebab kenapa Pirelli terpaksa musnahkan 1,800 tayar F1 selepas Australian GP batal?

oleh Mohamad Hanif|
Pembatalan acara perlumbaan Formula 1 di Australian GP nampaknya sedikit sebanyak memberikan kesan kepada Pirelli selaku pembekal tayar rasmi perlumbaan tersebut.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pirelli bukan sahaja bertindak sebagai pembekal, malah organisasi itu turut bertanggungjawab memasang setiap satu tayar yang dibekalkan kepada rim jentera Formula 1. 

Namun, menurut laporan daripada Motorsport.com, syarikat tayar terkemuka itu terpaksa memusnahkan 1,800 unit tayar yang tidak digunakan selepas pembatalan perlumbaan Australian GP. 

Tambah menyedihkan apabila berita pembatalan tersebut hadir selepas Pirelli selesai memasang kesemua tayar pada petang Khamis, dan menurut bos Pirelli, Mario Isola, "kami terpaksa membuka segalanya selepas berita itu muncul."

Mungkin ramai yang memberikan cadangan, kenapa tidak tayar tersebut digunakan untuk perlumbaan berikutnya? 

 


Jawapan yang diterima tidak semudah yang anda fikirkan, ini kerana menurut Isola, tayar yang telah dipasang dan dibuka kembali tidak akan memiliki tahap kekuatan yang sama seperti tayar baharu. 

"Untuk membuka kembali tayar dari rim, kami mengenakan tekanan yang kuat terhadap bingkai (bead) tayar, jadi kami sendiri berasa tidak yakin tayar untuk memasang kembali tayar tersebut buat kali kedua (disebabkan penggunaan daya tekanan yang besar). 

Jadi, apakah yang akan terjadi kepada 1,800 unit tayar yang tidak digunakan? 

Pirelli tidak membuangnya begitu sahaja, sebaliknya mereka memusnahkan kesemua tayar tersebut dan dihantar semula ke UK untuk dikitar semula dan dijadikan sebagai bahan simen di kilang. 

Ini bukanlah kali pertama Pirelli menghapuskan tayar-tayar perlumbaan tersebut kerana sebelum ini Pirelli pernah menghapuskan sehingga ratusan unit tayar perlumbaan basah sekiranya tiada sebarang taburan hujan ketika perlumbaan berlangsung. 

Sumber: Motorsport.com

Berita Berkenaan

Pelancaran
Dengan adanya Cinturato Rosso, ia bertindak sebagai pelengkap kepada penawaran tayar-tayar Pirelli…
Berita Global
Selari dengan kemajuan teknologi, tayar kini bukanlah dilihat sebagai getah bulat yang membenarkan…
Berita Domestik
Untuk yang tinggal di Lembah Kelang, jangan risau kerana Careta ada satu cadangan untuk kedai tayar…