Seat Tarraco punya sistem brek automatik untuk elak penunggang basikal

oleh HEZERI SAMSURI|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Semua orang tahu penunggang basikal mempunyai keberanian sehebat Superman kerana menjadi objek paling perlahan di atas jalanraya.

Pasti anda pernah terkejut melihat mereka berada di tengah jalanraya selepas anda keluar dari selekoh tajam.

Untuk pengguna laluan sikal di Lebuhraya Kesas pula, kejadian basikal menutup lorong tersebut juga sudah acapkali berlaku. 

Namun begitu, prinsip jalanraya di mana yang lebih besar perlu melindungi yang lebih kecil harus dipraktikan dan jenama kereta Sepanyol, Seat telah menghasilkan sistem brek autonomi yang membolehkan SUV baharu mereka, Tarraco berhenti sendiri apabila mengesan ada basikal di laluannya.

 

 

Sebanyak 1,200 ujian litar dengan 450 senario dilakukan untuk memastikan radar hadapan Tarraco itu mampu mengesan basikal.

Bila ia mengesan pelanggaran akan berlaku dalam masa 1.5 ke 2.0 saat, amaran akan dibunyikan.

Jika pemandu masih lembab dan tidak mahu berhenti, brek akan berfungsi secara automatik dalam masa 0.8 hingga 1.0 saat sebelum pelanggaran dijangka berlaku.

Tarraco juga akan mula memperlahankan kenderaan lebih kurang 20 meter sebelum basikal itu (jika SUV tersebut sedang bergerak daam kelajuan 72 kmsj).

Apapun, radar ini hanyalah satu sistem sokongan dan pemandu masih diperlukan secara dasarnya.

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan Autocar UK, Thomas berkata, "model SEAT sedia ada akan terus dihasilkan dalam…
Informasi
  Begitu canggih sehinggakan jurutera boleh ke pelbagai tempat dari puncak gunung Mont Blanc…
Berita Global
  Sekam padi kitar semula itu lebih ringan berbanding kedua-dua bahan tersebut. Jika menjadi,…