SEAT jimat RM 58 juta hasil dari idea pekerja

oleh Muhammad Md Tajudin|
Inovasi adalah satu perkara penting dalam kehidupan harian. Inovasi juga diangkat tinggi oleh kerajaan sehingga menganjurkan pertandingan Inovatif dan Kreatif (KIK) saban tahun.

Di bahagian swasta juga sama, pelbagai program inovasi dianjurkan supaya kerja lebih cekap, menjimatkan masa, tenaga dan wang.

Sektor swasta yang sinonim dengan inovasi ialah pengeluaran kenderaan. Menghasilkan sesebuah model bukan mudah dan murah dan biasanya mereka yang hampir dengan pengeluaran lebih arif tentang aspek dan bahagian mana boleh dijimatkan.

Perkataan seperti kaizen, pembaikan berterusan sudah sinonim buat mereka.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
SEAT Factory

 

SEAT yang merupakan pengeluar kereta dari Sepanyol dan subsidiari Kumpulan Volkswagen turut menganjurkan program inovasi yang dipanggil Ideas for Improvement.

Program ini menggalakkan pekerja mengambil bahagian dalam penjimatan serta penambahbaikan proses dan ia telah berlangsung lebih daripada 10 tahun.

Berapakah penjimatan yang dapat dicapai?

Pada 2017 sebanyak EUR 12.6 juta (RM 58.6 juta) berjaya dijimatkan.

Berapakah pula cadangan idea yang dihantar oleh pekerja SEAT?

Sejumlah 11,200 idea. Jumlah ini menunjukkan pekerja SEAT bersungguh mahu menyumbang kepada tempat mereka mencari rezeki.

 

SEAT Factory

 

Pekerja SEAT memberikan idea untuk mengoptimumkan proses seterusnya menjadikan syarikat lebih efisien.

Dalam menggalakkan pekerja mengambil bahagian dalam program ini, SEAT menyediakan imbuhan buat mereka dan separuh daripada idea yang dihantar layak untuk menerima ganjaran.

SEAT telah menghadiahkan sebanyak EUR 2,123,000 (RM 9,887,776) kepada pekerja untuk idea yang diberikan dalam sepuluh bidang iaitu produk, fasiliti, ergonomik, penjimatan tenaga, idea mudah, penambahbaikan proses, kualiti, alam sekitar dan inovasi.

Salah satu idea yang disumbangkan oleh pekerja pemasangan ialah bagaimana lekatan gam untuk SEAT Ibiza lama turut sesuai digunakan untuk Ibiza baharu.

Walaupun nampak ringkas ia sebenarnya menjimatkan wang bagi menambah pelaburan baharu untuk pemasangan kedua-dua model yang masih dikeluarkan. 

 

SEAT Ibiza

 

Selain daripada penjimatan kos, program Ideas for Improvement turut merangsang kreativiti pekerja dan meningkatkan kemahiran mereka.

Untuk separuh tahun ini sahaja sebanyak 7,381 idea telah dihantar dan ia lebih tinggi berbanding tempoh sama tahun lalu.

Program ini turut ditambahbaik dari semasa ke semasa dan sekarang ini ia digubal bagi menerapkan unsur-unsur inovasi, memudahkan penyelesaian masalah (gamification) dan kerjasama sosial.

Nama lain untuk progran ini ialah SEAT IDEAS dan ia dijadual untuk diperkenalkan pada tahun 2019.

Ada satu kata hikmah pengurusan daripada Doug Conant, CEO Campbell Soup iaitu:

"To win in the marketplace you must first win in the workplace.” 

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Tags

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan Autocar UK, Thomas berkata, "model SEAT sedia ada akan terus dihasilkan dalam…
Informasi
  Begitu canggih sehinggakan jurutera boleh ke pelbagai tempat dari puncak gunung Mont Blanc…
Berita Global
  Sekam padi kitar semula itu lebih ringan berbanding kedua-dua bahan tersebut. Jika menjadi,…