SEA Electric bekal 8,500 trak pikap HiLux, Land Cruiser elektrik kepada industri perlombongan

oleh Mohamad Hanif|
Syarikat pengeluar trak elektrik dari Australia, SEA Electric telah menandatangani perjanjian bernilai hampir AU$1 bilion bagi membekalkan kira-kira 8,500 EV kepada industri perlombongan menjelang tahun 2028.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut laporan CarExpert, 8,500 unit EV tersebut terdiri daripada trak pikap Toyota HiLux dan Land Cruiser yang akan dibekalkan kepada syarikat MEVCO (Mining Electric Vehicle Company).

Sebelum ini, SEA Electric telah menawarkan kit penukaran trenkuasa EV bukan sahaja untuk trak HiLux, akan tetapi ditawarkan kepada model lain seperti van Ford Transit, trak Isuzu dan kenderaan komersial ringan lain.
 

EV


Trenkuasa SEA-Drive yang dipasangkan pada Toyota HiLux EV itu menampilkan motor elektrik tunggal berkuasa 180 hp dan 700 Nm, dipadankan dengan sistem pacuan belakang (4x2) atau empat roda (4x4) bergantung kepada kenderaan asal.

Terdapat dua pilihan kapasiti pek bateri, iaitu 60 kWh untuk jarak gerak sehingga 260 km, atau 88 kWh dengan jarak gerak sehingga 380 km.

Ia juga turut menyokong pengecasan pantas yang membolehkan bateri dicas sehingga 80 peratus dalam tempoh kurang satu jam.
 

EV


SEA Electric mendakwa sistem yang dibangunkan mereka itu telah pun melengkapkan ujian ketahanan dalam dunia sebenar sejauh lebih 2.5 juta km merentasi lapan buah negara.

Menurut SEA Electric lagi, penukaran kepada trenkuasa elektrik akan menyumbang kepada persekitaran tempat kerja yang lebih selesa, di mana tiada bunyi, asap, haba dan juga gegaran.

Kesemua 8,500 unit trak pikap HiLux dan Land Cruiser itu akan dibangunkan berdasarkan model baharu, dan bukannya model kenderaan terpakai.

Sumber: CarExpert