SDAS, Trevo lancar program "Fund Your Drive"

oleh Mohamad Hanif|
Sime Darby Auto Selection (SDAS) bekerjasama dengan platform perkongsian kenderaan TREVO dengan melancarkan program 'Fund Your Drive', pertama seumpamanya di Malaysia bagi menjadikan pemilikan kenderaan yang lebih mampu milik.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Program 'Fund Your Drive' ini membolehkan pembeli kenderaan terpakai dari SDAS untuk menjana pendapatan tambahan dengan menyenaraikannya melalui TREVO dengan nilai jualan semula yang telah dijamin pada akhir tempoh 12 bulan menerusi opsyen BuyBack.

Program ini bermula dari 2 September hingga 18 November menawarkan pelbagai pilihan kenderaan pra-milik dari SDAS, di samping pendapatan bulanan yang mampu mengurangkan lagi kos pemilikan seperti bayaran pembiayaan dan penyelenggaraan.

Sebagai sebahagian daripada program, pemilik kenderaan juga boleh menikmati pakej penyelenggaraan percuma daripada SDAS untuk tempoh 12 bulan tersebut.

Senarai penuh kenderaan dengan logo TREVO boleh didapati menerusi laman web Sime Darby Auto Selection di https://simedarbyautoselection.com.my/ atau dengan menghubungi talian WhatsApp di +6019-205 2803, atau emel [email protected].

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menerusi kerjasama ini, ia dilihat mampu memenuhi permintaan aftermarket yang semakin berkembang di…
Berita Domestik
Menurut Pengarah Urusan HDSM, Low Yuan Lung menjelaskan, persepsi terhadap kereta Hyundai sebelum…
Berita Domestik
Di bawah program EMAEP ini, para pekerja Sime Darby boleh menikmati kemudahan memiliki kenderaan…