SDAC-Ford tawar servis percuma dua tahun untuk pembeli Ranger WildTrak, XLT Plus

oleh Mohamad Hanif|
Khusus untuk para pemilik trak pikap baharu Ranger Wiltrak dan XLT Plus, Sime Darby Auto ConneXion (SDAC) menawarkan pakej servis percuma untuk tempoh dua tahun sementara stok masih ada.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Untuk pasaran Malaysia, Ranger Wildtrak merupakan antara pilihan trak pikap yang dilengkapi dengan pelbagai teknologi keselamatan pintar di dalam segmennya, seperti Brek Kecemasan Autonomi, Pengesan pejalan kaki dan kenderaan, Amaran Pelanggaran Badapan, Amaran Keluar Laluan serta ciri Parkir Selari Separa Automatik.

Ia dikuasakan oleh enjin 2.0 liter Bi-Turbo yang mampu menghasilkan 213 PS dan daya kilas 500 Nm, dipadankan dengan transmisi automatik 10 kelajuan.

Sementara Ford Ranger XLT Plus pula didatangkan dengan enjin 2.0 liter turbo tunggal yang menghasilkan kuasa setinggi 180 PS dan daya kilas 420 Nm, serta dilengkapi ciri kemudahan seperti kunci pintar, butang pandu-mula, serta pintu kargo belakang mudah-angkat.

Seperti trak Ranger yang lain, Ford SDAC menawarkan jaminan selama lima tahun atau jarak perbatuan 160,000 km yang mana terdahulu terhadap model Ranger Wiltrak dan XLT Plus.

 

Ranger XLT Plus


Selain daripada itu, SDAC-Ford juga turut meningkatkan perkhidmatan pelanggannya dengan memperkenalkan Pakar Ford Ranger bagi menyediakan khidmat jualan yang lebih peribadi daln lancar.

Para pelanggan boleh menghubungi Pakar Ford Ranger ini untuk mendapatkan konsultasi jualan secara maya tanpa perlu berkunjung ke pusat pameran dengan menghantar mesej menerusi aplikasi WhatsApp (talian +6019-204 1200) di mana mereka akan dihubungi dalam jangka masa satu hari bekerja.

Pakar Ford Ranger telah dilatih khusus untuk memberikan tunjuk ajar berkenaan ciri-ciri kenderaan dan kegunaannya kepada para pelanggan baharu dan pelanggan sedia ada agar mereka dapat memanfaatkan Ranger sepenuhnya menepati gaya hidup mereka.

Maklumat lanjut boleh didapati menerusi laman web www.sdacford.com.my atau WhatsApp Chat Pakar Ford Ranger (talian +6019-204 1200).

Berita Berkenaan

Berita Global
  Selain itu, XR3 dijual pada harga yang berdaya saing dan gabungan ciri-ciri tersebut…
Uncategorized
Farley berkata platform baharu itu sepatutnya membolehkan Ford mengeluarkan dan menjual EV yang…
Berita Global
Dikatakan, Ford akan memberhentikan kira-kira 3,500 pekerja mereka di Jerman ketika pembuat kereta…