Bermula 1 Disember 2019 sehingga 31 Januari 2020, para pelanggan yang membeli Ranger WildTrak atau Ranger Raptor akan menikmati penyelenggaraan percuma selama dua tahun atau sehingga 40,000km (yang mana-mana dahulu), hadiah bernilai RM2,000 dan payung golf Ford Performance yang eksklusif.
Ranger WildTrak turut didatangkan dengan rebat tunai RM3,000 sepanjang tempoh promosi ini.
Lebih menarik lagi, SDAC turut menawarkan beberapa promosi penyelenggaraan untuk para pemilik Ford termasuk pemeriksaan kenderaan 27- poin secara percuma oleh juruteknik-juruteknik Ford yang bertauliah bagi memastikan kenderaan berada dalam keadaan sempurna untuk perjalanan jauh dan selamat sentiasa.
Dalam masa kempen yang sama, para pelanggan turut dapat menikmati diskaun sehingga 20 peratus untuk alat ganti terpilih dan minyak enjin untuk model-model terpilih. Hanya alat ganti tulen yang digunakan untuk memberikan jaminan kualiti yang lebih besar.
Lebih penjimatan sebanyak 10 peratus untuk upah bagi pakej-pakej pelincir, brek dan talisawat pemasa (timing belt) untuk model-model terpilih turut ditawarkan.
Sebagai tambahan, semua pelanggan yang membayar secara tunai dengan perbelanjaan RM350 ke atas dalam satu resit akan menerima set kutleri yang eksklusif. Semua pelanggan penyelenggaraan juga akan menerima paket ‘Ang Pao’ Ford.
Sebagai raja trak pikap, Ford Ranger menjadi penanda aras untuk segmen trak pikap. Ranger WildTrak yang begitu popular dilengkapi dengan pelbagai teknologi keselamatan yang memberikan keupayaan ‘Built Ford Tough’ di samping keselesaan dan kepelbagaian sebagai kenderaan penumpang.