SDAC-Ford tawar penjimatan 20 peratus servis kenderaan untuk bulan April

oleh Mohamad Hanif|
Sime Darby Auto ConneXion (SDAC) selaku pengedar tunggal jenama Ford di Malaysia mengumumkan promosi servis bermula 1 April-31 Mei bersempena musim perayaan akan datang.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Promosi ini menawarkan penjimatan sehingga 20 peratus untuk alat ganti dan minyak enjin yang terpilih, pakej brek dan tali sawat pemasaan, serta tambahan potongan 10 peratus untuk upah kerja bagi pakej yang disebutkan itu tadi.

Selain daripada itu, pelanggan juga boleh mendapatkan pemeriksaan kenderaan 27 poin secara percuma bagi memastikan kenderaan berada di dalam kondisi yang cukup baik.

Di samping itu, mana-mana pelanggan yang berbelanja lebih daripada RM359 di dalam satu resit akan mendapat mug eksklusif serta sampul hijau yang akan diberikan kepada semua pelanggan servis.

SDAC-Ford hanya menggunakan alat ganti pengeluar peralatan asli (OEM) bagi menjamin standard kualiti, pemasangan dan kemasan terbaik, serta tertakluk kepada jaminan 12 bulan atau 20,000 km yang mana terdahulu, tidak termasuk alat ganti haus dan lusuh.

 

 


Disebabkan Prosedur Pengendalian Standard (SOP) bagi memerangi COVID-19, pelanggan dinasihatkan untuk membuat temujanji terlebih dahulu di tujuh pusat servis berdaftar (Ford Ara Damansara, Ford Petaling Jaya 2, Ford Juru, Ford Butterworth, Ford Kuching, Ford Kota Kinabalu dan Ford Tawau), di mana pelanggan boleh mendapatkan slot tervis sedia ada dan menempah terus waktu yang dipilih dalam tempoh sebulan lebih awal.

Tempahan temu janji e-Servis boleh dibuat menerusi pautan INI atau menghubungi Pusat Servis Ford atau Customer Care Hotline di talian 1300 38 3181.

Berita Berkenaan

Berita Global
  Selain itu, XR3 dijual pada harga yang berdaya saing dan gabungan ciri-ciri tersebut…
Uncategorized
Farley berkata platform baharu itu sepatutnya membolehkan Ford mengeluarkan dan menjual EV yang…
Berita Global
Dikatakan, Ford akan memberhentikan kira-kira 3,500 pekerja mereka di Jerman ketika pembuat kereta…