SDAC-Ford tawar pelan jaminan lima tahun dan waranti lanjutan baharu untuk pemilik Ranger

oleh Mohamad Hanif|
Sime Darby Auto ConneXion (SDAC), pengedar tunggal jenama Ford di Malaysia hari ini memperkenalkan waranti pengeluar 5 tahun1 bagi barisan Ranger mereka, iaitu tambahan dua tahun untuk waranti pengeluaran 3 tahun yang ditawarkan sebelum ini – memberikan nilai tambah yang lebih baik kepada para pemilik Ranger.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Selain itu, dua Pelan Waranti Lanjutan2 (Extended Warranty Plan) untuk pemilik Ford Ranger sedia ada turut diperkenalkan.
 
Menawarkan para pelanggan dengan nilai tambahan, kesemua model Ford Ranger Buatan 2021 ke atas didatangkan dengan waranti pengeluar 5 tahun atau 160,000km (yang mana terdahalu) – tambahan 2 tahun bagi waranti 3 tahun atau 100,000km (yang mana terdahulu) yang ditawar sebelum ini.

 


Selain itu, pemilik Ford Ranger sedia ada yang masih memiliki waranti 3 tahun mempunyai pilihan untuk membeli Pelan Waranti Lanjutan2 (Extended Warranty Plan) dikenali sebagai PremiumCARE dan PowertrainCARE di mana-mana Pusat Servis Ford yang sah.

Pelan PremiumCARE menawarkan perlindungan menyeluruh selama dua tahun untuk lebih daripada 1,000 komponen, manakala pelan PowertrainCARE menawarkan waranti lanjutan selama dua tahun bagi enjin, transmisi dan drivetrain.

Untuk maklumat lebih lanjut bagi Waranti 5 Tahun1 dan Pelan Waranti Lanjutan2 (Extended Warranty Plan) atau pun berita terbaharu tentang Ford, sila layari www.sdacford.com.my

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Travelog itu bertujuan untuk mempromosikan agropelancongan, yang semakin popular di Malaysia,…
Berita Domestik
Promosi bermula sekarang sehingga 31 Mac ini menawarkan diskaun sehingga 64 peratus untuk alat…
Berita Domestik
Sepanjang tempoh ini, pelanggan boleh menikmati penjimatan sehingga 20 peratus untuk alat ganti…