SDAC- Ford taja Mesyuarat Agung Kelab Ford Ranger Kuching

oleh SALINA JALIL|
Sime Darby Auto Connexion (SDAC), pengedar tunggal Ford di Malaysia, telah menaja Mesyuarat Agong Tahunan (AGM) Kelab Pemilik Ford Ranger Kuching (FROCK) di Telok Melano, Sematan baru-baru ini.

AGM yang diadakan seharian itu menyaksikan konvoi 34 buah Ford Ranger, di mana dua daripadanya ditaja oleh SDAC untuk membawa 70 orang ahli kelab dan keluarga mereka. Pertemuan itu membincangkan perancangan untuk tahun ini termasuk rancangan untuk mengumpulkan lebih ramai lagi pemilik Ford Ranger di Kuching. Aktiviti-aktiviti sukaneka, gymkhanas dan permainan hiburan untuk kanak-kanak turut diadakan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

“Ahli-ahli kelab dengan aktiviti- aktiviti yang dianjurkan benar-benar mencerminkan gaya hidup Ford Ranger. Kami yakin kerjasama seperti ini merupakan situasi menang-menang untuk jangkamasa panjang bagi pengedar dan para pemilik Ford Ranger. Kami berharap dapat membantu kelab-kelab sokongan yang rapat sesama mereka ini  mendapat lebih kepuasan melalui trak pikap ‘Build Ford Tough’ mereka, dan pada masa yang sama kami dapat melibatkan diri dengan lebih ramai pelanggan melalui peluang pemasaran pengalaman yang ditawarkan di dalam program seumpama ini,“ kata Syed Ahmad Muzri bin Syed Faiz, Pengarah Urusan SDAC.

 

“Kami begitu menghargai sokongan yang diberikan oleh SDAC untuk acara ini. Melalui penyertaan seumpama ini, ahli-ahli dan para pemilik mendapat pengetahuan lebih mendalam dari segi keupayaan, baikpulih dan penyelenggaraan supaya kami lebih arif secara keseluruhannya tentang trak kami. Melalui usahasama lain di masa hadapan, kami berharap dapat menganjurkan lebih banyak acara yang dapat mengukuhkan lagi komuniti para pemilik,” kata Muhammad Afrin Mat Saruan, Setiausaha Kelab FROCK.

 

 

Didaftarkan secara sah pada 2015, FROCK pada masa ini mempunyai 80 keahlian yang kebanyakannya berpusat di Kuching. Kelab ini menganjurkan sekurang-kurangnya empat hingga lima acara setiap tahun dengan mensasarkan matlamat untuk menjalinkan kerjasama lebih rapat dengan SDAC-Ford bagi mendapatkan pengetahuan lebih mendalam tentang Ranger dan menyediakan aktiviti-aktiviti yang lebih bermanfaat untuk ahli-ahlinya.

 

SDAC-Ford terus komited dalam mengekalkan hubungan baik dengan ahli-ahli kelab kenderaan dengan menyokong jalinan hubungan pelbagai kelab pemilik Ford melalui usahasama erat yang menjurus kepada peluang membina persefahaman dan keakraban di antara satu sama lain.

 

Untuk info lebih lanjut atau membaca laporan pandu uji Ford Ranger dari penulis-penulis automotif terkenal Malaysia, lawati laman web pelbagai bahasa SDAC di https://www.sdacford.com.my/bm/cerita-ford/cerita-ford-ranger-baharu.

 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Selepas itu, Latihan Kemahiran 4WD Sarawak 4x4 Training Academy (Sar4Trac) pula akan diadakan, yang…
Berita Domestik
Jelajah pameran Ford Experience Hub itu akan berada di Queensbay Mall (Ground Floor, North Atrium)…
Berita Domestik
Acara tiga hari itu akan berlangsung di perkarangan Kompleks Likas di Kota Kinabalu, bermula 10.30…