Sistem baharu ini direka untuk melincirkan rantai dan gegancu motosikal secara automatik tetapi eSystem ini memastikan hanya jumlah pelincir yang minima akan digunakan - mengelakan motosikal anda penuh dengan pelincir rantai dan mengotorkan roda aloi belakang, lengan ayun dan bahagian ekor motosikal anda.
Menurut Scottoiler, sistem ini akan memastikan rantai dan gegancu motosikal tahan tujuh kali lebih lama dan tangki pelincirnya hanya perlu diisi selepas 2,900 km.
Ia juga mempunyai pengesan kelajuan (accelerometer) yang mengkaji gegeran dan pecutan dan ini akan mengawal jumlah dan kekerapan pelincir disembur ke rantai.
Versi ketiga untuk siri eSystem ini lebih mudah untuk digunakan dan kawalannya juga lebih mudah untuk difahami.
Harganya di US ialah US$299.99 (RM1,300).