Scotland tawar pembiayaan tanpa faedah untuk pembelian EV terpakai!

oleh Mohamad Hanif|
Disebabkan peraturan pelepasan emisi yang semakin ketat, tidak dapat tidak rakyat di Eropah terpaksa beransur-ansur melupakan model kereta konvensional, dan mula beralih kepada kereta plug-in hybrid (PHEV) atau kereta elektrik sepenuhnya (EV).
MINI MREC Banner Campaign February 2025 - Week 2

Seperti yang pernah kami laporkan, beberapa negara di Eropah mula menawarkan geran atau subsidi bagi setiap pembelian EV seperti contoh UK dengan geran bernilai £3,000 (RM16 ribu), dan insentif €6,000 (RM29,171) dari kerajaan Jerman.

Scotland juga mempunyai penawaran yang tersendiri, di mana sebelum ini negara tersebut menawarkan pinjaman tanpa faedah selama enam tahun sehingga £35,000 (RM186 ribu) untuk sebuah EV baharu, atau sehingga £10,000 (RM53,145) untuk motosikal elektrik.

Terbaharu, Scotland telah mengumumkan pinjaman tanpa faedah sehingga £20,000 (RM106,290) selama lima tahun bagi setiap pembelian EV terpakai bagi menggalakkan lagi pemilikan EV di kalangan rakyat jelata.

 


Menurut Michael Matheson selaku setiausaha kementerian Pengangkutan, Infrastruktur dan Komunikasi Scotland berkata, "perubahan global terhadap EV menyebabkan harga jualan semakin menurun dari tahun ke tahun, namun harga jualan untuk sebuah EV masih lagi tinggi untuk kebanyakan orang.

"Kami mahu menjadikan pemilikan EV yang lebih mudah, dan mahu memastikan tiada siapa yang ketinggalan daripada menikmati manfaat yang ditawarkan oleh EV, seperti kos operasi yang rendah serta mesra alam.

Menurut laporan daripada Next Green Car, kerajaan Scotland telah membelanjakan lebih daripada £85 juta (RM451 juta) bagi menggalakkan rakyatnya bertukar kepada kenderaan plug-in.

Scotland juga merancang untuk menghentikan penjualan kereta petrol dan diesel menjelang tahun 2032.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Pengeluar elektronik dari Taiwan itu sebelum ini telah menyatakan minat untuk bekerjasama dengan…
Model Terbaharu
Pesaing kepada BMW 2 Gran Coupe itu hadir buat pertama kali sebagai model EV yang berada di luar…
Uncategorized
Melalui MoU itu, kedua-dua syarikat bakal menjalankan kajian kebolehlaksanaan serta bekerjasama ke…