Scorpio X1 - skuter elektrik pertama jenama Singapura!

oleh Mohamad Hanif|
Scorpio Electric, jenama skuter elektrik yang berasal dari Singapura baru-baru ini melancarkan secara rasmi skuter elektrik X1.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Skuter elektrik X1 itu kini boleh di pra-tempah menerusi laman web baharu mereka (www.scorpioelectric.com) bermula 22 Oktober yang lalu.
 

X1


Berdasarkan spesifikasi ringkas yang dibekalkan, Scorpio X1 ini mampu bergerak sejauh 200 km untuk sekali cas penuh, dengan kelajuan tertinggi sekitar 105 km/j.

Antara ciri moden yang dimuatkan termasuklah sistem lampu LED depan dan belakang yang unik, sistem kemasukan tanpa kunci, informasi dan status masa nyata (trip, bateri, jarak anggaran), sistem navigasi pintar, penjejak kenderaan serta amaran anti-kecurian.
 

Scorpio


Menurut Scorpio, harga jualan bermula dari US$9,800 (RM40,697) dengan duit deposit serendah $1,000 (RM4,153), manakala penghantaran pula dijadualkan pada penghujung tahun 2022 dan awal 2023.

 

Berita Berkenaan

Informasi
"Empat skuter elektrik diserahkan untuk kegunaan pasukan keselamatan di KLIA Terminal 1 dan 2,…
Berita Global
Mengikut spesifikasi, Lambretta Elettra 2024 ini datang dengan motor elektrik tunggal berkuasa 15…
Berita Global
Diperlihatkan buat kali pertama pada September yang lalu, Honda Motocompacto merupakan satu tribut…