Scorpio Electric X Model - skuter elektrik pertama kelahiran Singapura!

oleh Mohamad Hanif|
Singapura bukanlah negara yang mempunyai syarikat automotif seperti kita (Proton, Perodua, Modenas), namun negara jiran kita itu kini mempunyai produk skuter elektrik yang tersendiri, dibangunkan oleh Scorpio Electric.
Modenas

Skuter yang dinamakan sebagai X Model itu sebenarnya merupakan sebuah prototaip pra-produksi yang berfungsi sepenuhnya, dan ini membawa maksud ia bakal diproduksikan secara besar-besaran tidak lama lagi.

 


Tidak banyak butiran spesifikasi yang didedahkan buat masa ini, namun menurut maklumat yang dipetik dari laman web, X Model berkeupayaan untuk mencapai kelajuan melebihi 100 km/j dan jarak operasi sejauh 200 km  untuk sekali cas penuh.

Di bahagian belakang menampilkan binaan lengan ayun tunggal serta motor elektrik yang dipasang pada roda belakang, di mana menurut Scorpio Electric lagi, skuter ini turut menampilkan ciri pengimbangan kuasa pintar dan keupayaan rekuperasi tenaga.

 


Tidak ketinggalan, sebagai sebuah model skuter moden ia turut hadir ciri lampu LED, skrin paparan TFT LCD berwarna penuh dengan ciri sambungan kepada peranti pintar yang lebih memudahkan urusan kegunaan seharian.

Tiada sebarang tanda harga namun beberapa laporan mencadangkan harga jualan untuk skuter elektrik ini bermula dari S$10,000 (RM30,450) tidak termasuk cukai serta sijil COE.

 

Add new comment

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) berkata, pihaknya telah dihubungi pada Sabtu jam 2…
Berita Global
Memetik laporan daripada Bernama, projek tersebut dibatalkan memandangkan kedua-dua negara gagal…
Berita Domestik
Sumber itu memberitahu The Malaysian Insight projek Rel Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura (…