"Score a Fling" bersama Volkswagen

oleh SALINA JALIL|
Bulan Februari dikenali sebagai bulan cinta kerana jatuhnya hari Valentine pada 14 Februari setiap tahun. Tahun ini Volkswagen Malaysia ingin memberi kelainan dan meraikan hari 'cinta' tersebut dan menjadi 'pari-pari' (cupid) anda dengan kempen media sosial terbaharu mereka "Score a Fling".
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Kempen "Score a Fling" sedang berlangsung dari 9 hingga 29 Februari 2020, dan para peserta diberikan peluang untuk memenangi percutian hujung minggu 3 hari 2 malam di W Hotel Kuala Lumpur yang serba mewah serta sebuah model kenderaan Volkswagen untuk digunapakai semasa penginapan percutian mereka.

 

"Score a Fling" ini diilhamkan oleh aplikasi Tinder, di mana pengguna hanya perlu meleret ke kiri atau kanan untuk suka atau tidak suka. Peserta hanya perlu memilih model Volkswagen kegemaran mereka dan sekiranya berpadanan, ruang chatbot akan dibuka untuk diakses.

 

Di ruang Chatbot tersebut, anda perlu menulis ayat-ayat romantis yang paling menarik dan memilih pengedar Volkswagen untuk memandu uji model pilihan kenderaan anda. Pemenang bertuah akan diumumkan pada bulan Mac melalui platform sosial media Volkswagen.

 

Di samping itu sebagai sebahagian daripada kempen "Score a Fling", Volkswagen turut menawarkan sesi pandu uji bermalam kepada mereka yang berminat semasa tempoh kempen ini berlangsung.

 

Kepada mereka yang ingin menyertai kempen ini, sila klik di pautan ini http://bit.ly/scoreafling

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Untuk model terbaharu ini, Golf GTI kini dilengkapi dengan skrin paparan head-up display (HUD),…
Berita Domestik
"Kebimbangan dengan penjana perumahan beg udara pemandu hadapan disebabkan oleh kemerosotan…
Berita Domestik
Ditawarkan sehingga 31 Oktober 2023, berikut merupakan senarai harga model dan penjimatan yang…