Scoot terbang ke Subang dari Singapura setiap hari mulai 1 September

oleh Penyumbang Rencana|
foto hiasan
Syarikat penerbangan tambang rendah Singapore Airlines, Scoot memperkenalkan penerbangan harian ke Subang berkuat kuasa 1 September, menyediakan pilihan alternatif kepada pelancong untuk perjalanan yang mudah antara republik itu dan Kuala Lumpur.

Syarikat penerbangan itu akan mengendalikan laluan Singapura-Subang sebanyak tujuh kali seminggu menggunakan pesawat Airbus A320 miliknya.
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 02

Jadual penerbangan tertakluk kepada kelulusan atau perubahan kerajaan serta kawal selia.

Tempahan bagi penerbangan masuk dan keluar Subang boleh didapati mulai hari ini melalui laman web dan aplikasi mudah alih Scoot, selain secara progresif melalui saluran lain, dengan tambang kelas Ekonomi bermula daripada S$83 dan RM108 termasuk cukai.

Scoot berkata, dengan penambahan itu, rangkaian laluannya akan meningkat kepada 70 destinasi termasuk destinasi lain di Malaysia seperti Ipoh, Kota Kinabalu, Kuala Lumpur, Kuantan, Kuching, Langkawi, Miri, Pulau Pinang dan Sibu.

Syarikat itu berkata, menjelang September, ia akan mengendalikan 110 penerbangan mingguan ke Malaysia.

 

Bernama