Scammer tipu pembekal Toyota sebanyak US$37.4 juta!

oleh HEZERI SAMSURI|
Satu kumpulan scammer komputer telah berjaya menipu sebuah syarikat utama pembekal komponen untuk Toyota.

Jumaat lalu syarikat Toyota Boshoku telah mengeluarkan satu kenyataan di mana ia mendapati ada aliran pembayaran ke pihak ketiga yang berniat jahat dan menyebabkan kerugian sebanyak lebih kurang US$37.4 juta.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Pembekal tempat duduk dan komponen kabin kenderaan itu berkata insiden tersebut berlaku pada 14 Ogos lalu melalui cawangan syarikat tersebut di Eropah.

Toyota Boshoku ialah sebuah syarikat yang menduduki tangga ke-23 dalam carta 100 Pembekal Dunia Terbaik, anugerah dari portal Automotive News.

Jualan global Toyota Boshoku untuk tahun lalu bernilai sebanyak US$10.15 bilion.

Toyota Boshoku telah memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa untuk menyiasat kes tersebut.

* Berita asal dari Automotive News Europe

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Panggilan semula produk dilakukan oleh pihak pengeluar apabila terdapat penemuan isu keselamatan…
Berita Global
Tahun ini, selain dari menjadi pentas persaingan antara jenama-jenama China yang mengusung model-…
Berita Global
  2023 merupakan tahun mencabar yang menyaksikan pemberian paten menurun tiga peratus merentasi…