Sayap belakang gentian karbon Civic Type R berharga RM8,751 di Jepun

oleh Mohamad Hanif|
Pihak Honda Jepun sebelum ini telah melancarkan penawaran pelbagai jenis aksesori menarik yang dihasilkan khusus untuk para pembeli Civic Type R di sana.

Para pembeli Civic Type R kini boleh merujuk senarai harga jualan rasmi yang baharu sahaja dikeluarkan oleh pihak Honda Access.
 

Civic


Salah satu item yang menarik perhatian adalah kehadiran sayap belakang yang diperbuat daripada bahan ringan gentian karbon, dengan berat 1kg lebih ringan berbanding sayap standard selain menghasilkan lebih banyak daya turun pada kelajuan tinggi.

Ia juga sekaligus menjadi barang yang paling mahal - sekitar 275,000 yen (RM8,751).

Pemilik Civic Type R FL5 juga boleh mendapatkan kemasan perumah cermin sisi berwarna merah terang berharga 15,400 yen (RM490).
 

Civic


Selain daripada itu, Honda Access turut menawarkan perkara-perkara berikut:

  • lampu lopak - 38,500 yen (RM1,225)
  • konsol tengah gentian karbon & poliester merah - 47,300 yen (RM1,505)
  • panel pintu gentian karbon & poliester merah - 56,100 yen (RM1,785)
  • alas lantai - 66,000 yen (RM2,100)
  • kemasan ambang pintu beriluminasi - 30,800 yen (RM980)
  • iluminasi pada poket dan pemegang pintu - 14,300 yen (RM455)
  • sistem pencahayaan lantai - 17,600 yen (RM560)
  • tombol gear kulit merah - 20,350 yen (RM648)
  • alas lantai semua musim - 13,200 yen (RM420)
  • dulang bagasi - 14,300 yen (RM455)
  • pengecasan peranti pintar nirwayar - 22,000 yen (RM700)
  • filem perlindungan luaran
  • lampu pintu belakang - 11,000 yen (RM350)

Kesemua aksesori ini ditawarkan menerusi cawangan Honda Access di seluruh Jepun, dan tidak dapat dipastikan sama ada ia bakal ditawarkan secara rasmi untuk pasaran global.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Dipasarkan di Jepun, Honda Access Co., Ltd. turut menawarkan pelbagai aksesori tulen untuk ZR-V…
Berita Global
  Aksesori yang ditawarkan tidak begitu ketara hingga mengubah terus Fit e:HEV RS dan hanya…
Berita Global
  Pada bahagian luar ada dua sahaja komponen yang ditawarkan iaitu cermin sisi warna merah dan…