Satu lagi jenama hypercar bakal muncul - NILU27!

oleh HEZERI SAMSURI|
Dunia mungkin perlukan ini, satu jenama hypercar berenjin untuk memecahkan kebosanan dari jentera-jentera elektrik yang senyap sunyi.

Dari media-media barat, apa yang Careta tahu ialah jenama Nilu27 ini adalah hasil idea Sasha Selipanov, bekas ketua perekabentuk Koenigsegg.

Nilu27 dikuasakan oleh enjin V12 dengan redline pada 11,000 rpm, walaupun ia masih boleh ditarik hi gga ke 13,000 rpm.

Ruang dalam dilihat jauh dari kereta-kereta sekarang yang penuh dengan skrin LCD seperti ruang pameran TV di Courts Mammoth. 

Ini jelas dilihat melalui video takometer Nilu27 serta keterangan yang diberikan di dalam video Instagram Nilu27, "In case you were wondering, we're not big on screens" (jika anda sedang cuba meneka, kami tidak begitu gemar akan skrin-skrin).

Mungkin juga Nilu27 mempunyai skrin infotainment yang mampu disorok, atau skrin tunggal yang lebih kecil. Apapun, penulis tetap merasakan bahawa skrin yang besar di dalam kabin kereta cuma merosakan nilai estetik sahaja.

Montage gambar-gambar dari Instagram rasmi Nilu27.
Montage gambar-gambar dari Instagram rasmi Nilu27.

 

Kajian dari satu video di Instagram Nilu27 bersama Michelin (pautan di sini) seterusnya memberikan bayangan hypercar ini menggunakan tayar Michelin Cup 2 R dengan saiz 325/30 ZR21 dengan roda aloi center-lock dan brek yang nampak seperti dari jenis seramik.

Sistem gantungan belakang juga tidak disorok, sama seperti konsep pada Pagani Zonda di mana struktur kenderaan itu menjadi satu kerja seni.

Malah, susunatur corong ekzos yang duduk rapat di bawah spoiler belakang serta diffuser besar di bawah menunjukan Nilu27 banyak mengambil konsep rekabentuk sebuah Zonda.

Apapun, bila ada lagi berita berkaitan Nilu27 ini, Careta akan sampaikan. Yang pasti, Nilu27 memang satu berita yang menggembirkan kaki kereta selepas bertahun disogok dengan supercar dan hypercar elektrik yang besar, berat dan berbentuk saling tak tumpah seperti sendal pintu pipih dengan warna-warna terang benderang.

Instagram rasmi Nilu27 di pautan ini.

 

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Menjelang kemunculan rasminya, Zenvo akan membawa dua prototaip pengesahan (validation prototypes)…
Berita Global
Lebih menarik, supercar ini bukan datang daripada jenama arus perdana, tetapi hasil gabungan…
Model Terbaharu
Tetapi baru-baru ini, syarikat tersebut rasmi mendedahkan rupa sebenar hypercar Nilu27 ini yang…