Pembinaan bermula pada 2022 bersempena Hari Bumi dan dijangka siap menjelang akhir 2026 dengan kos sekitar USD94 juta (lebih RM440 juta). Ia turut melibatkan usaha penanaman tumbuhan asli seperti California poppies dan golden yarrow untuk memulihkan semula habitat.
Projek ini turut diilhamkan oleh kisah ikonik singa gunung bernama P-22, yang menjadi simbol pemuliharaan selepas berjaya melintasi dua lebuh raya utama sebelum maut akibat pelanggaran pada 2022. Tragedi itu mencetuskan gerakan #SaveLACougars yang kini menjadi asas projek mega ini.
Apa yang berlaku di California ini wajar dijadikan pengajaran untuk Malaysia. Baru-baru ini, seekor anak gajah mati dilanggar lori di Gerik satu tragedi yang bukan sahaja menyedihkan, malah mendedahkan jurang besar dalam usaha kita melindungi laluan migrasi haiwan liar. Kes sebegini bukan yang pertama, dan selagi tiada penyelesaian konkrit seperti laluan khas hidupan liar, ia pasti akan berulang.

Projek seperti di California membuktikan bahawa dengan kesungguhan dan perancangan yang serius, keselamatan haiwan boleh diutamakan tanpa mengorbankan kemajuan. Mungkin sudah tiba masanya Malaysia mengambil langkah lebih berani dalam hal ini sebelum lebih banyak nyawa haiwan jadi korban di atas jalan raya.