Satu daripada enam pemandu di UK tertidur ketika memandu

oleh Mohamad Hanif|
Kajian yang telah dilakukan oleh sebuah firma dashcam, SmartWitness merangkumi lebih 1,000 orang pemandu di UK dan mendapati lebih 17 peratus pemandu tertidur ketika memandu.

Manakala lebih 42 peratus pula didapati memandu di dalam keadaan mengantuk.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Kajian tersebut turut mencatatkan lebih 47 peratus pemandu mengaku membahayakan diri dan juga kepada pengguna jalan raya lain disebabkan kepenatan kehidupan seharian. 

Bagi mengatasi masalah tersebut, sejumlah 48 peratus daripada pemandu tersebut lebih gemar berhenti dan berehat ketika mereka kepenatan memandu. 

Segelintir yang lain mengambil cara lain seperti memandu dengan membuka tingkap bagi menghirup udara segar ataupun dengan meminum kopi segera, cara yang digemari oleh kebanyakan pemandu. 
 

Menurut Paul Singh, pegawai eksekutif SmartWitness, kepenatan memandu merupakan pembunuh utama ketika berada di atas jalan dan ini memerlukan lebih daripada sekadar meningkatkan kesedaran kepada pemandu tentang bahayanya perkara ini kepada keselamatan.

"Memandu ketika mengantuk adalah sama bahaya dengan perbuatan seperti minum dan makan ketika memandu dan juga menggunakan telefon pintar," tambah beliau. 

Sekiranya anda telah mendapati diri kepenatan, bersegeralah berhenti berehat buat seketika dan menyambung kembali perjalanan setelah mengambil rehat yang cukup. 

Sumber: Motor1

Berita Berkenaan

Informasi
Kajian oleh firma bernama Zutobi itu menyenaraikan Afrika Selatan sebagai negara paling berbahaya…
Berita Domestik
  Dalam kejadian kira-kira pukul 5 petang itu menyebabkan Perodua Myvi terbalik dan insiden…
Berita Domestik
  "Polis telah mengenal pasti kesemua kenderaan terlibat dan memohon kerjasama pemilik kenderaan…