Satelit Measat 3d berjaya dilancar ke orbit

oleh Mohamad Hanif|
Negara mencipta sejarah baru menerusi pelancaran satelit Measat-3d, hari ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Satelit Measat-3d yang menggunakan roket Ariane 5 ECA berkenaan berjaya dilancarkan dari European Spaceport di Kourou, French Guiana, 5.50 pagi tadi (waktu Malaysia).

Susulan itu, isyarat telemetri pertama satelit Measat-3d diterima stesen bumi tepat pada jam 6.41 pagi waktu Malaysia.

Pelancaran berkenaan turut disaksikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Pusat Dagangan Dunia (WTC), di sini.

 


Kejayaan pelancaran berkenaan bakal menambah baik dengan ketara perkhidmatan Internet dan kadar ketersambungan capaian Internet terutamanya di kawasan luar bandar.

Satelit Measat l-3d ini juga mempunyai tempoh hayat selama 18 tahun dengan kos pembinaan RM1.2 bilion sekaligus menjadi pelengkap kepada ketercapaian Internet di seluruh negara.

Ia akan memberi kesan positif kepada dua juta rakyat negara apabila menerima faedah daripada ketersambungan Internet sekali gus memberi peluang besar dalam sektor perdagangan maya (eCommerce), pendidikan dan peluang pekerjaan.

Pengoperasian satelit itu juga akan memberi capaian Internet 100 peratus di seluruh negara dengan sokongan kelajuan 100 mbps.

Sumber: Harian Metro

Berita Berkenaan

Berita Global
Satelit seberat 1,360 kilogram  itu beroperasi sejak lima tahun lalu, namun kehabisan bahan api dan…
Berita Global
Satelit itu berjaya dilancarkan ke orbit oleh roket SpaceX Falcon 9 dari Cape Canaveral, Florida,…
Informasi
ERBS yang dilancarkan ke orbit terendah bumi pada 5 Oktober 1984 bagi mengukur kadar tenaga radiasi…