Sasaran global Toyota menurun 15 peratus untuk November

oleh HEZERI SAMSURI|
Toyota Motor menurunkan pengeluaran kenderaannya untuk November ini sebanyak 15 peratus berikutan kekurangan semikonduktor dan juga masalah tenaga di China.

Jumlah itu ialah lebih kurang 150,000 unit kenderaan, dan ia adalah setelah Toyota membuat keputusan untuk menurunkan lagi jumlah pengeluaran sebanyak 40 peratus bari September sehingga Oktober akibat penularan pandemik Covid-19 di Asia Tenggara yang mengganggu pengeluaran komponen mereka.
CHERY Omoda 5 MREC Banner Campaign March 2025

Namun begitu, syarikat automotif nombor satu dunia itu masih mengekalkan sasaran tahun fiskal 2021 - 9 juta unit kenderaan. Toyota yakin jualan selepas Disember akan kembali normal dan akan menggantikan jualan bulan-bulan yang sedikit lembab.

Potongan 150,000 unit untuk November akan datang dari jualan domestik yang akan dikurangkan sebanyak 50,000 dan bakinya dari pasaran global.

Menurut Nikkei Asia, satu syarikat pembekal komponen Toyota berkata masalah kekurangan cip masih lagi kronik.

Pengguna di Malaysia turut terkesan dengan waktu menunggu untuk sesetengah model baharu boleh melewati tempoh enam bulan atau lebih sekarang.

*Laporan penuh di Nikkei Asia


 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Lagi ciri-ciri khas seperti kemasan sisi pintu krom, pemegang pintu belakang dan bingkai…
Berita Global
  Di bahagian dalam, suasana hitam dibangkitkan dengan riasan kuning.  Kerusi sport dibalut …
Berita Global
    Berbanding enjin 2.5 liter hibrid (HEV) di AS, Crown Estate pasaran Jepun mempunyai tambahan…