Sarung henfon ikut bentuk kereta anda?  PGadget Expert boleh lakukan!

oleh HEZERI SAMSURI|
Aksesori telefon adalah antara perkara yang wajib untuk semua dan antara yang popular ialah sarung (casing) henfon itu sendiri.

Ia melambangkan minat kita, dan kerana itu ada seribu jenis sarung yang terdapat di dalam pasaran.

Namun begitu, untuk kaki kereta, sudah pastinya mereka akan mencari sesuatu yang mencerminkan minat automotif mereka.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
cover phone

 

PGadget Expert dari Ipoh nampaknya berjaya menawarkan sesuatu yang lebih istimewa - sarung henfon yang sama seperti kenderaan milik anda, dengan nombor plet sekali.

Menurut pemiliknya, Ahmad Sofyan atau lebih dikenali sebagai Pyan Telperian, kedai PGadget Expert bermula pada tahun 2014.

Ia menjual pelbagai aksesori henfon tetapi yang paling popular dan yang membezakan mereka dengan kedai lain ialah sarung henfon yang boleh di-kustom-kan mengikut bentuk hadapan atau belakang kenderaan pelanggan.

 

 

Semua model kenderaan mampu untuk "dilukis" oleh PGadget Expert kerana ia menggunakan khidmat pereka-bentuk profesional untuk menghasilkan bentuk digital kenderaan pelanggan.

Selepas itu, proses "sublimation" dilakukan ke atas sarung henfon itu sendiri. Mereka memerlukan masa sekurang-kurangnya satu minggu untuk menyiapkan tempahan anda dan ia dihantar ke pelanggan melalui khidmat penghantaran ekspress.

"Oleh kerana kami menurut gambar yang diberikan oleh pelanggan, kenderaan yang sudah dilakukan modifikasi juga boleh dilakukan," ujar Sofyan.

 

 

Beliau turut menambah bahawa kedainya mempunyai sarung untuk pelbagai jenama henfon - Apple, Samsung, Vivo, Huawei, Sony, Asus dan sebagainya.

Kedai Pgadget Expert dibuka pada hari Isnin sehingga Sabtu, dari jam 11 pagi sehingga 11 malam.

Lokasi kedai ialah di nombor 148, Jalan Sultan Idris Shah, Ipoh.

 

 

Harga untuk setiap casing bermula dari RM45 (akan ada tambahan bergantung pada modifikasi kenderaan) dan pelanggan dari luar bandaraya Ipoh boleh melawati Instagram mereka di PGADGET atau di Page Facebook di P-gadget.

Anda juga boleh membuat tempahan melalui dua platform media sosial tersebut ataupun boleh hubungi PGadget Expert melalui Whatsapp di nombor +6016 546 0532

Jangan lupa, cakap anda dapat tahu dari Careta ya! 

Berita Berkenaan

Berita Global
Sebanyak 10 kamera pengesan henfon itu dilancarkan pada 1 Disember lalu dan digunakan di seluruh…
Berita Domestik
Fungsi telefon pintar untuk penggemar automotif memang penting. Dari mendapat berita terkini,…