Sarawak perluas penggunaan kenderaan hidrogen

oleh Penyumbang Rencana|
gambar dari I love Borneo
Sarawak membina lebih banyak stesen isian semula hidrogen bagi memperluaskan penggunaan kenderaan berkuasa hidrogen di negeri ini.


Pengerusi Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) Tan Sri Abdul Aziz Husain berkata, salah satu stesen itu sudah beroperasi di Darul Hana, Petra Jaya manakala satu lagi masih dalam pembinaan di Batu Kawa.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Menurutnya, keseluruhannya lima stesen isian semula hidrogen akan dibina di Kuching dan usaha juga sedang dijalankan untuk membuka stesen di bandar utama lain iaitu Bintulu, Miri, Sibu dan Sri Aman.

 

"Pembukaan lebih banyak stesen isian semula itu selaras dengan matlamat kita untuk memperluaskan penggunaan kenderaan hidrogen.

"Sekarang kita sudah menggunakan bas hidrogen dan kenderaan persendirian berkuasa hidrogen. Tidak lama lagi pengangkutan awam kita akan menggunakan sistem ART (Transit Aliran Automasi) berkuasa hidrogen," katanya.

 

Beliau berkata demikian kepada media selepas Majlis Penyerahan Kenderaan Berkuasa Hidrogen, Toyota Mirai kepada Timbalan-Timbalan Premier Sarawak yang disempurnakan Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Abang Openg di lobi Wisma Bapa Malaysia, Petra Jaya, pada Rabu.

 

Difahamkan, hanya lima unit kenderaan hidrogen Toyota Mirai itu diedarkan di negara tropika dengan kesemuanya kini digunakan di Sarawak.

 

Selain tiga Timbalan Premier, dua lagi kenderaan itu digunakan oleh Abang Johari dan Abdul Aziz sendiri.

 

Mengulas lanjut, Abdul Aziz berkata, operasi pengangkutan awam ART berkuasa hidrogen pertama akan menjalani tempoh percubaan mulai Julai ini di Kota Samarahan.

 

"Kita akan menerima satu unit ART tahun ini bagi tujuan percubaan itu dan jumlahnya dijangka meningkat kepada tiga atau empat tahun depan," katanya.

 

 

Harian Metro

Berita Berkenaan

Berita Global
  Mirai generasi kedua pula mengambil giliran pada Disember 2020. Mirai sebenarnya sudah ada di…
Berita Global
Berbanding sedan Mirai standard, Mirai Sports Concept itu telah direndahkan sebanyak 40 mm, diikuti…
Berita Domestik
Dengan penyerahan 5 unit kereta tersebut, ia menandakan satu lagi langkah ke arah penyampaian '…