Sarawak bakal larang semula perjalanan rentas daerah

oleh HEZERI SAMSURI|
Kerajaan negeri Sarawak sudah bersedia untuk menguatkuasakan semula larangan merentas daerah, mengurangkan frekuensi penerbangan domestik dan membataskan waktu operasi perniagaan berikutan peningkatan dalam kes Covid-19 di Kuching dan di Samarahan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri berkata ini adalah antara strategi yang akan digunakan untuk mengekang penularan virus tersebut di dalam negeri Sarawak.

Cadangan itu diumumkan selepas mesyuarat yang dilakukan siang tadi berikutan jumlah kes terkini Covid-19.

Kes sahih Covid-19 untuk kluster Sentosa kini meningkat kepada 650 selepas satu kes positif hari ini.

Jawatankuasa itu juga berkata semua pelawat dari semenanjung, Sabah dan Labuan perlu menjalani kuarantin di hotel-hotel yang telah diputuskan sebaik sahaja mereka tiba di Sarawak.

Ia akan bermula pada 1 hingga 14 Ogos ini.  

*Gambar utama dari Sejarah.my

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan Sinar Harian yang memetik Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kesihatan Awam,…
Berita Global
Peraturan baharu itu akan berkuatkuasa bermula hari ini (Ahad) seperti yang dimaklumkan oleh Pihak…
Berita Domestik
Menurut presiden Persatuan Peniaga Aksesori Automotif Malaysia, Lim Bee Choo berkata, keadaan itu…