Sarawak bakal bina stesen minyak untuk petroleum, hidrogen dan elektrik

oleh HEZERI SAMSURI|
Sarawak nampaknya mengorak langkah ke hadapan dalam isu penggunaan tenaga bagi pengangkutan.

Ketua Menterinya, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg semalam telah melakukan majlis pecah tanah untuk stesen minyak yang bakal menawarkan tiga jenis bahan api - petroleum (petrol dan diesel), hidrogen berasaskan air dan elektrik.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Stesen minyak itu akan dibina di Darul Hana, Kuching dan akan menggunakan jenama milik negeri itu, Petros (Petroleum Sarawak). Lima lagi stesen seperti itu akan dibina, iaitu di Kuching, Sri Aman, Sibu, Bintulu dan Miri.

Pengerusi Sarawak Economic Development Corp (SEDC), Tan Sri Abdul Azizi Husain berkata projek ini adalah antara usaha kerajaan Sarawak untuk membina stesen minyak integrasi - dan hidrogen akan menjadi bahan api utama yang diproses, disalurkan, diedarkan dan dijual untuk kegunaan tempatan.

Abang Johari turut berkata beliau telah meminta kerajaan pusat untuk tidak mengenakan cukai bagi kenderaan-kenderaan hidrogen bagi menarik lebih ramai pengguna untuk membelinya.

Syarikat Sarawak Energy sudah mempunyai dua Hyundai Nexo yang menggunakan tenaga hidrogen. Nexo itu mampu berjalan sejauh 666 km dengan sekali pengisian.

Nampaknya Sarawak benar-benar mahu bergerak ke hadapan dengan dan mempunyai perancangan untuk kegunaan tenaganya sendiri.

* Laporan penuh di The Edge
** Laporan mengenai Hyundai NExo di Sarawak ada di Careta.my

 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Mereka yang merupakan sebahagian daripada 942 perserta program itu, menerima lesen pada satu maljis…
Informasi
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata inisiatif daripada syarikat tambang rendah itu…
Berita Domestik
“Hasil pemeriksaan KPDN, minyak diesel dengan anggaran sebanyak 430,000 liter yang bernilai RM924,…