Sani Express hentikan sementara tugas pemandu tidak berhenti solat

oleh SALINA JALIL|
gambar hiasan
Penyedia perkhidmatan bas penumpang, Sani Express Sdn. Bhd. (Sani Express) menghentikan sementara tugasan pemandunya susulan isu mengabaikan solat Subuh ketika dalam perjalanan dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS) ke Jertih, Besut pada Sabtu lalu.


Sani Express dalam satu kenyataan berkata, pihaknya memandang serius kejadian berkenaan kerana aktiviti berhenti rehat di samping solat merupakan prosedur wajib bagi kesemua pemandu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Sehubungan itu, katanya, siasatan dalaman akan dijalankan terhadap pemandu termasuk bakal dikenakan tindakan disiplin, amaran, kaunseling atau latihan semula selaras dengan prosedur syarikat.

 

“Pihak syarikat kesal dengan apa yang berlaku kerana solat lima waktu adalah perkara wajib yang harus ditunaikan umat Islam.

 

“Kami memohon maaf  dan berjanji agar perkara sedemikian tidak berulang lagi,” katanya dalam hantaran di laman Facebook.

 

Baru-baru ini tular di media sosial perkongsian seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Muhammad Safwan yang kecewa dengan sikap pemandu bas Sani Express kerana enggan menghentikan kenderaan bagi membolehkan penumpang menunaikan solat Subuh.

 

Malah, Muhammad Safwan mendakwa, pemandu itu turut meninggalkan penumpang yang pergi ke tandas ketika bas itu berhenti di Setiu tanpa menunggu atau mengira jumlah individu yang ada di tempat duduk masing-masing.

 

 

-UTUSAN ONLINE

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pemandu bas berusia 51 tahun itu dalam aduannya mendakwa dia diarahkan memberhentikan basnya di…
Berita Domestik
"Perjalanan jauh melebihi 300km memerlukan pemandu kedua, tak boleh seorang (pemandu), tetapi…
Berita Domestik
Tambah Loke, pihaknya dengan kerjasama Prasarana telah mengadakan inisiatif untuk pemberian elaun…