Sanggup jual Nmax ayah demi kekasih hati

oleh Mohamad Hanif|
gambar hiasan
Seorang remaja perempuan nekad menjual skuter Yamaha NMAX milik bapanya semata-mata untuk berjumpa dengan kekasih hati.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Menurut laporan daripada Tribun News, hasil daripada duit jualan skuter itu digunakan untuk membeli tiket penerbangan dari Jambi ke Jakarta untuk berjumpa kekasih dalam talian yang dikenalinya menerusi permainan Free Fire.

Sayang sekali, teman lelaki remaja itu membuat keputusan enggan berjumpa menyebabkan remaja itu termanggu seketika di Lapangan Terbang Bandara Sultan Thaha Jambi.

Sementara itu, pengurus besar Lapangan Terbang Sultan Thaha Jambi, Agus Supriyanto menjelaskan remaja tersebut adalah penumpang yang bakal berlepas ke Jakarta jam 5.45 petang, Selasa.

Tambah beliau, status penerbangan tersebut dibatalkan oleh gadis itu sendiri.

Mujur keluarga remaja itu datang sendiri ke lapangan terbang untuk menjemputnya pulang setelah dimaklumkan oleh pihak berkuasa lapangan terbang.

Sumber: Tribun News

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Menurut beliau, sebuah syarikat sudah dikesan menjual sehingga 10 kenderaan dan tiada pertukaran…
Berita Domestik
  “Polis turut merampas sebuah lori jenis Mitsubishi serta beberapa peralatan untuk memotong…
Gaya Hidup
  “Orang bayar ribu-ribu nak cari pun payah motor ni. Tular semua, saya biasa sahaja menjual…