Samsung umum ciri kunci digital, kerjasama dengan Audi, BMW, Ford dan Genesis

oleh Mohamad Hanif|
Dalam satu acara Galaxy Unpacked, Samsung telah memperlihatkan beberapa ciri terbaharu dalam usaha memperluaskan fungsi SmartThings kepada kereta.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Samsung telah bekerjasama dengan Google untuk menambahbaik pengalaman penggunaan sambungan Android Auto bagi menjadikan antaramuka yang lebih mudah digunakan dan intuitif.

Selain daripada itu, Android Auto juga boleh digunakan bersama SmartThings untuk membolehkan pemilik kenderaan untuk mengawal beberapa fungsi rumah pintar dari dalam kenderaan.

 


Menerusi fungsi Coming Home, anda kini boleh menetapkan secara automatik suhu termostat, membuka lampu, membuka pintu garaj selain mengaktifkan robot penyedut hampagas dan mesin basuh!

Samsung juga kini memperlihatkan fungsi kunci digital yang menggunakan teknologi ultra-wideband bagi membolehkan kereta dan peranti pintar berkomunikasi sesama sendiri, dan kereta akan nyahkunci dengan sendiri saat anda menghampiri kereta.

 


Setakat ini, Samsung hanya bekerjasama dengan beberapa pengeluar automotif sahaja seperti Audi, BMW, Ford dan Genesis untuk fungsi kunci digital.

Sebelum Samsung memperlihatkan fungsi kunci digital, Apple telah hadir dengan ciri yang serupa menerusi kerjasama dengan BMW sebelum ini.

Kunci digital Apple menggunakan teknologi near-field communication (NFC) bagi membolehkan pemilik menyentuh peranti pintar berdekatan dengan pemegang pintu untuk menyahkunci kenderaan mereka.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Ia berikutan kerana permintaan elektrik di seluruh dunia daripada penghawa dingin kini kian bakal…
Berita Global
Smart Things merupakan salah satu aplikasi dari Samsung dimana pengguna Samsung boleh mengawal apa…
Berita Domestik
Menurut laporan daripada Bloomberg, syarikat Korea Selatan itu akan melabur 1.7 trilion won (RM5.8…