Samsung keluar dari Renault Samsung Motors - boleh fokus lebih pada EV

oleh HEZERI SAMSURI|
Ramai di Malaysia mungkin tidak tahu bahawa Samsung sebenarnya mempunyai jenama kenderaan yang dikongsi bersama Renault.

Renault Samsung Motors ialah jenama automotif keempat paling popular di Korea Selatan, dengan pegangan pasaran sebanyak 5.1 peratus.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kebanyakan model Renault Samsung adalah saduran dari model-model Renault yang dijual untuk pasaran negara itu.

Namun begitu, Samsung telah menjual kesemua 19.9 peratus sahamnya di dalam syarikat tersebut dan jenama Samsung akan ditamakan pada kenderaan-kenderaan syarikat itu bermula dari tahun 2023.

Samsung mempunyai pengalaman selama 27 tahun di dalam sektor pembuatan kenderaan tetapi tahun 2020 terbukti menjadi ssatu tahun yang sukar untuk Renault Samsung Motors.

Renault Samsung Motors mengalami kerugian sebanyak US$60 juta untuk tahun 2020. Jualan domestik menurun ke tahap paling rendah sejak 2004 dan eksport menurun sebanyak 78 peratus.

Wabak Covid-19, perbalahan dengan persatuan pekerja, masalah bekalan mikrocip dan kebangkitan pesaing-pesaing menyukarkan lagi keadaan. 

Namun begitu, Samsung Group mempunyai banyak perniagaan lain yang berkaitan dengan industri automotif. Antaranya ialah Samsung adalah pembekal global untuk komponen-komponen elektronik dan bateri menerusi Samsung Electronics.

Samsung juga telah membeli Harman International, sebuah syarikat elektronik US yang mempunyai fokus dalam teknologi ADAS, ketersambungan dan sistem audio kenderaan. 

Bakar Sidik Aqwan, Penganalisa Kanan untuk GlobalData.com berpendapatan bahawa  penjualan saham Renault Samsung Motors akan membantu kumpulan itu untuk terus fokus kepada penghasilan teknologi automotif dan juga pembuatan komponen untuk kenderaan elektrik (EV).

"Samsung nampaknya lebih fokus untuk lebih proaktif di dalam pasaran EV dan aktiviti-aktiviti kumpulan itu berkaitan teknologi dan pembekalan komponen adalah lebih bernilai, terutama di zaman peralihan kenderaan berenjin kepada EV," ujarnya.

 


 

Berita Berkenaan

Berita Global
Ia berikutan kerana permintaan elektrik di seluruh dunia daripada penghawa dingin kini kian bakal…
Berita Global
Smart Things merupakan salah satu aplikasi dari Samsung dimana pengguna Samsung boleh mengawal apa…
Berita Domestik
Menurut laporan daripada Bloomberg, syarikat Korea Selatan itu akan melabur 1.7 trilion won (RM5.8…