Samseng kereta guna pedang samurai

oleh HEZERI SAMSURI|
Jika samseng motosikal menggunakan helmet, samseng berkereta nampaknya memilih pedang samurai sebagai senjata pilihan.

Video yang sedang tular di media sosial menunjukan seorang pemuda menggunakan pedang samurai untuk menetak bahagian hadapan sebuah kereta, dipercayai berang kerana tidak dibenarkan masuk ke jalan raya selepas menggunakan laluan kecemasan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Video yang dimuat-naik oleh Damia Hanie itu dikatakan berlaku pada 3 Jun lalu pada jam 5.52 pm di Jalan Firma, susur masuk ke Lebuhraya Pasir Gudang di Johor Bahru.

Damia juga menulis bahawa laporan polis telah dilakukan di balai polis Larkin.

Membawa senjata seperti pedang samurai adalah satu kesalahan yang boleh membawa kepada hukuman penjara. 

Careta menasihatkan kepada para pembaca tidak membawa sebarang senjata di dalam kenderaan masing-masing.

Careta juga berharap agar sentiasa mengalah dalam situasi seperti di atas kerana kita tidak pasti kenderaan yang kita bunyikan hon itu dipandu oleh manusia waras atau kurang siuman.

Video tersebut boleh dilihat pada pautan ini.

https://www.facebook.com/groups/1034937603281398/permalink/2234755479966265/

https://www.facebook.com/damia.honeyja.3/videos/pcb.2234755479966265/424407895059603/?type=3&theater&ifg=1

Berita Berkenaan

Informasi
Namun, tahukah anda rekaan Nissan Z yang terbaharu ini turut melibatkan elemen matematik Nisbah…
Berita Domestik
Lelaki tersebut ditahan bersama dengan tiga lagi lelaki di kawasan Simpang Renggam jam 5.30 petang…
Berita Global
Jikalau sebelum ini BMW berjaya memecahkan rekod dunia menggelongsor paling lama sambil mengisi…